Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 6 July 2011

BERSIH 2.0 adalah KEKOTORAN degil!!!!!





Setelah hasrat Perhimpunan BERSIH 2.0 lebur dijalanan.. Si degil Ambiga sekali lagi menafikan Perhimpunan BERSIH 2.0 tidak akan berlaku.

Kini dia memilih untuk melakukannya di Stadium Negara pula? Apa punya jenis orang lah dia ni??

Sekilas ikan di air,   Bersih dah nampak huru hara.  Penganjur pertubuhan haram kata mereka hendak buat perhimpunan 9 Julai (Sabtu ini) di Stadium Merdeka.

”Ya Allah, selamatkanlah Stadium yang memberikan nafas merdeka kepada kami rakyat Malaysia, amin.”
Pelbagai pihak termasuk Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan, Setiausaha Perhubungan BN Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Rizalman Mokthar  tidak setuju ia diadakan di Stadium Merdeka.
Patriot yang dinaungi oleh Pemuda UMNO Malaysia juga menyertai bantahan itu. Ketua Penyelarasnya, Datuk Seri Rizal Merican  berkata  ”Stadium Merdeka ada nilai sejarah yang cukup mulia kepada rakyat Malaysia.”
Beliau mempersoalkan kenapa tidak buat di negeri-negeri yang di perintah pakatan pembangkang seperti di Stadium Shah Alam.

Ahmad Maslan juga memberi pandangan sama.
Pengerusi Bersih  S. Ambiga ketika ditanya kenapa tidak terima tawaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pakai Stadium Shah Alam. Katanya, Stadium Merdeka lebih sesuai kerana akses pengangkutan dan sebagainya.
Syed Ali yang juga Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan  geram habis melihat Bersih ini.
Beliau menegaskan sepatutnya setelah dapat mengadap Yang diPertuan Agong, Selasa lalu mereka serahkan saja memorandum mengenai SPR kepada Seri Paduka.
“Tak payah nak berhimpun. Nak berhimpun apa lagi, sekarang nak buat pula kat Stadium Merdeka. ’No way’. Pihak berkuasa jangan  luluskan. Itu tempat sangat bersejarah bagi kita semua,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment