Kalau ikut penerangan Wardina, dia pun tak tahu menahu yang majlis tu dianjurkan oleh parti pembangkang. Bab ini memang Joyah pelik, sebabnya kalau kita hendak pergi ke sesuatu majlis, kita kenal tahu siapa penganjur, siapa yang jemput kita. Tapi bila Wardina kata dia tak tahu, Joyah kenalah terima dan nasihat Joyah janganlah terus memburukkan Wardina kalau betul dia tak terlibat. -utusan malaysia.
Wartawan hiburan juga terperanjat apabila Wardina kata dia tidak tahu bahawa penganjur program yang Wardina pergi adalah program parti Keadilan. Apakah ini satu program percuma. Kalau berbayar tentu dia tahu bahawa PKR yang bayar sebab itu program PKR. Mungkin juga Wardina lupa bahawa Nik Nazmi yang menjemputnya adalah wakil rakyat PKR. ia kot Wardina tak ingat.
Bukan apa , kalau Wardina mahu berceramah di Program PKR tak kira lah apa sekali tajuk ceramahnya , tidak ada salahnya. siapa yang boleh halang itu hak Wardina . Jiak dia mahu bertanding pada PRU13 nanti atas tiket PR pun tidak apa , Negara kita negara demokrasi. Tidak siapa yang boleh menghalang Wardina untuk bertanding. Cuma Johan Jaafar lah kena kaji balik kontrak Wardina dengan TV3 , itu saja.
Jika blog blog banyak yang memberikan perhatian dan menulis mengenai Wardina , jangan lah salahkan mereka kerana Wardina adalah Public Figure dan setiap gerak geri Wardina menjadi perhatian ramai. Maklumlah seleberiti. Jika tidak , siapa yang mahu ambil tahu Salih Yaakob kawin empat. Kawin lah orang tidak peduli jika dia bukan selibriti. Eloklah wardina fikirkan secara matang sebelum mencebur diri dalam politik.
No comments:
Post a Comment