Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 29 May 2011

”Bersama Gempur” slogan Siber War Puteri UMNO.

MELAKA, 28 Mei - Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah menganjurkan kursus Cyber War 2011 pada 28hb hingga 29hb Mei yang telah di rasmikan oleh Ketua Menteri Melaka YAB Dato’ Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam..

Kursus yang di anjurkan di Perhubungan UMNO Negeri Melaka adalah anjuran  Unit Khas Pilihanraya ke13 Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan juga Unit Siber War Puteri UMNO yang diketuai oleh YB Saudari Nolee Ashilin Dato’ Radzi yang juga Timbalan Pengerusi Unit Khas Pilihanraya Puteri UMNO Malaysia.

Kekuatan Siber trooper seramai 85 orang di kumpulkan dari seluruh Malaysia adalah bagi menyahut  saranan Perdana Menteri Malaysia agar  Puteri memainkan peranan  aktif dalam penyebaran media baru.

Dengan slogannya ”Bersama Gempur” peserta-pesarta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bagi terhadap komitment membantu Barisan Nasional pada PRU 13 akan datang .

Melalui laman blog gt.puteri.blogspot.com, facebook, twitter dan sebagainya. Puteri UMNO akan menggunakan landasan ini bagi menagkis segala dakyah dan fitnah pembangkang.

Turut hadir pada majlis perasmian adalah Saudari Sabrina Mohd Noor; EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap CEO MICTH Melaka, Saudari Mas Emiyati, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka.
















6 comments:

  1. tahniah.. berjaya menjalankan kursus ni.. harap diadakan dengan pengisian yang lebih 2 lagi

    ReplyDelete
  2. kursus ni memang mantap..harap gt akan ada lagi susulan :))

    ReplyDelete
  3. dr gmbr2 di atas, nampak ramai org tdo dn tgh berbual sesama sendiri semasa org berucap... borink sangat yer kursus ni?....kesian penyelaras modul tak dapat nk sajikan modul yg dpt capture audiens!

    ReplyDelete
  4. masa kursus yg teramat singkat...ader yg penat kerna bru sampai dr tempat masing2 n x smpat berehat...

    ReplyDelete
  5. terbaik...salam bukan muhrim....
    semua parti sama...umno ni bukn bwk islam pun..
    pas pun ntah ke mana..
    tpi umno ni lebih kejam...

    ReplyDelete