Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 3 September 2013

Samad Said menyorok... Polis minta serah diri...


samadsaid-bendera513
Selepas menahan dua penyokong pembangkang berhubung kes kibar bendera Sang Saka Melaya semalam, polis kini giat mengesan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Samad diminta menyerah diri untuk membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiga individu dikehendaki bagi siasatan kes itu dan dua daripadanya iaitu Adam Adli Abdul Halim dan Hishamudian Rais telah ditahan polis malam tadi.
Menurut Khalid,  Samad bersembunyi ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi.
"Saya minta dia serah diri. Semalam polis nak cari dia, tapi dia meyorok pula. Jadi sekarang polis belum kesan lokasinya.
"Kalau berani cabar undang-undang, kena berani tanggung," katanya dalam satu sidang media di kampus Universtiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pagi ini.
Katanya, polis cuba mengesan Samad selepas menahan dua penyokong pembangkang Hishamuddin Rais dan Adam Adli malam tadi di Kampung Baru.
Pada Isnin, polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden mengibarkan bendera tersebut pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Jumaat lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh memberitahu bahawa pasukan khas itu akan menyiasat insiden itu daripada pelbagai sudut dan telah membuka kertas siasatan berhubung insiden itu.
Sementara itu, tiga buah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan aktivis politik Hishamuddin Rais berhubung insiden tersebut.
Dua NGO tersebut iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Jalan Kasipillay di sini.
Manakala Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay menyifatkan perbuatan mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang ketika negara meraikan sambutan kemerdekaan sebagai tidak boleh diterima dan menyinggung perasaan rakyat.
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya pula berkata perbuatan itu menghina kedaulatan negara dan tidak seharusnya dibiarkan terus berlaku.
Perkasa Selangor percaya ada tangan ghaib untuk wujudkan keadaan kucar-kacir di negara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera berkenaan jika ada laporan polis dibuat mengenainya.
Beliau menegaskan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang.

Monday, 2 September 2013

Cermin Parti Sendiri Sebelum ‘Tumpang Semangkuk’ Komen Pemilihan UMNO

Pemimpin parti pembangkang dinasihatkan mencermin parti mereka terlebih dahulu sebelum ‘tumpang semangkuk’ untuk berkongsi pandangan mengenai pemilihan UMNO pada tahun ini.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata mereka tidak sepatutnya menjaga tepi kain orang sebaliknya memberi tumpuan serta perhatian serius terhadap parti mereka sendiri.
dap_tipu_undi_hantu_spr_pemilihan
“Pembangkang lebih baik cermin diri sendiri daripada mempersoalkan parti orang lain khususnya UMNO. Mereka tidak layak mempersoalkan proses pemilihan UMNO kerana parti mereka sendiri secara tidak telus apalagi tidak mampu menjalankan proses pemilihan dengan sempurna.
“Layakkah mereka berkongsi pandangan parti orang lain sedangkan hampir semua parti mereka bermasalah. Penetapan semula proses pemilihan DAP misalnya adalah satu contoh terdekat.
“PKR pun sama keadaannya. Rakyat persoalkan bagaiman jawatan Ketua Umum PKR, siapa yang lantik? Bukankah kalangan pimpinan mereka sudah ada yang meninggalkan parti dan sebagainya,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau seterusnya menegaskan bukankah itu adalah realiti kepada kedudukan serta gambaran di kalangan parti pembangkang itu sendiri.
“Sebab itu mereka sebenarnya tidak layak untuk menjaga tepi kain orang lain kerana kain mereka sendiri koyak rabak hingga menampakan perkara perkara yang tidak sepatutnya mereka tonjolkan.
“Bukanlah kita ini bongkak dan angkuh…tetapi biarlah kena dengan tempatnya. Sebab itu nasihat saya pada parti pembangkang, lihat diri dan uruskan parti mereka terlebih dahulu sebelum ghairah untuk ‘tumpang semangkuk’ memberikan pandangan terhadap parti lain,” ujarnya.

Jamil Khir mahu konsert 'Lamb Of God' dibatalkan

lamb-of-godxx
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera membatalkan konsert kumpulan heavy metal 'Lamb of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 28 Sept ini.
Pada waktu yang sama beliau menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert tersebut.
"Saya harap pihak berwajib putuskan segera isu ini kerana masyarakat menentangnya...bukan sahaja JAKIM, NGO (badan bukan kerajaan) Muslim juga sepakat konsert ini (perlu) diharamkan dan tidak dibawa ke Malaysia," kata Jamil Khir yang ditemui pemberita dalam program santai bersama penduduk di Sungai Limau Dalam, dekat Yan, Ahad.
Katanya, beliau tidak pasti sama ada konsert tersebut sudah mendapat kelulusan tetapi sekiranya sudah dikeluarkan ia hendaklah ditarik balik.
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dalam kenyataan dua hari lepas berkata bantahan itu dibuat berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Beliau berkata bantahan itu selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam.
Dalam pada itu, Jamil Khir yang juga anggota Parlimen Jerai berkata program santai di kawasannya itu bertujuan mendekati pemimpin dan masyarakat setempat bagi menyelami masalah mereka untuk diatasi bersama.
Beliau berkata pertemuan tidak rasmi seumpama itu memberi kelebihan untuk mendapat maklumat dan keperluan rakyat dengan lebih jelas.

Sunday, 1 September 2013

Kibar Sang Saka Malaya tindakan biadap

  • Sang Saka Malaya
 1 / 2 
SHAH ALAM – Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah meyifatkan tindakan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang merdeka kelmarin sebagai  perbuatan menghina kedaulatan negara dan tidak seharusnya dibiarkan terus berlaku.

“Saya rasa ini adalah provokasi yang cuba dilakukan Hishamuddin Rais. Ia juga satu cubaan untuk menimbulkan ketegangan.

“Terutama sekali untuk mempengaruhi anak muda tentang kebencian terhadap semangat kemerdekaan, bendera Malaysia dan kerajaan Malaysia sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam tersebar dua video yang menunjukkan aktivis politik, Hishamuddin Rais menyatakan bahawa bendera Sang Saka Malaya adalah bendera sebenar Malaysia dan bukannya Jalur Gemilang.

Sebuah lagi video menunjukkan seorang lelaki merampas bendera Sang Saka Malaya yang sedang dikibarkan ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.

Mengulas lanjut, Azwanddin berpandangan, “tujuan (kibar bendera Sang Saka) untuk menanam semangat kebencian ini sudah lama kita tahu. Jadi, ia seolah-olah cuba mencabar Perlembagaan negara kita. Bagi saya, ini sikap yang cukup biadab.”

Beliau berpendapat, pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam menangani tindakan tersebut.

“Sepatutnya kita berlaku lebih tegas. Pihak-pihak tertentu perlu mengambil kejadian ini sebagai perkara serius kerana ia tak boleh dibiarkan terus berlaku.

“Jika perkara ini masih berterusan, pihak berkuasa wajib mengambil tindakan segera terhadap mereka. Terutama ambil tindakan undang-undang ke atas mereka,” katanya.