Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 3 September 2013

Samad Said menyorok... Polis minta serah diri...


samadsaid-bendera513
Selepas menahan dua penyokong pembangkang berhubung kes kibar bendera Sang Saka Melaya semalam, polis kini giat mengesan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Samad diminta menyerah diri untuk membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiga individu dikehendaki bagi siasatan kes itu dan dua daripadanya iaitu Adam Adli Abdul Halim dan Hishamudian Rais telah ditahan polis malam tadi.
Menurut Khalid,  Samad bersembunyi ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi.
"Saya minta dia serah diri. Semalam polis nak cari dia, tapi dia meyorok pula. Jadi sekarang polis belum kesan lokasinya.
"Kalau berani cabar undang-undang, kena berani tanggung," katanya dalam satu sidang media di kampus Universtiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pagi ini.
Katanya, polis cuba mengesan Samad selepas menahan dua penyokong pembangkang Hishamuddin Rais dan Adam Adli malam tadi di Kampung Baru.
Pada Isnin, polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden mengibarkan bendera tersebut pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Jumaat lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh memberitahu bahawa pasukan khas itu akan menyiasat insiden itu daripada pelbagai sudut dan telah membuka kertas siasatan berhubung insiden itu.
Sementara itu, tiga buah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan aktivis politik Hishamuddin Rais berhubung insiden tersebut.
Dua NGO tersebut iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Jalan Kasipillay di sini.
Manakala Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay menyifatkan perbuatan mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang ketika negara meraikan sambutan kemerdekaan sebagai tidak boleh diterima dan menyinggung perasaan rakyat.
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya pula berkata perbuatan itu menghina kedaulatan negara dan tidak seharusnya dibiarkan terus berlaku.
Perkasa Selangor percaya ada tangan ghaib untuk wujudkan keadaan kucar-kacir di negara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera berkenaan jika ada laporan polis dibuat mengenainya.
Beliau menegaskan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang.

No comments:

Post a Comment