Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 19 May 2014

RAHSIA - Tugas Khas Yammy Samat Pujuk Anaknya Dyana Sertai UMNO Sekiranya DAP Menang PRK Teluk Intan

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga......

Sudah pastilah Yammy Samat tak mahu melihat anaknya Dyana Sofya menjadi umat Islam yang sesat dan melakukan segala larangan yang sememangnya ditegah dalam ajaran agama islam. Itulah naluri seorang ibu!

Hakikatnya Yammy seorang pecinta perjuangan Melayu, maka itulah sebabnya beliau menyertai UMNO dan aktif berjawatan dalam parti. Beliau sendiri tidak pernah menduga bahawa Dyana diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam struktur politik tanahair.
Sama sekali tak menyangka anaknya boleh dipilih sebagai Setpol Lim Kit Siang dan kini diberikan peluang untuk bergelar Ahli Parlimen pula...

Yammy 'terpaksa' menyatakan sokongan dan berlakon kerana inilah peluang untuk UMNO merampas kerusi Parlimen Teluk Intan secara halus! Yang penting kini untuk pastikan Dyana menang dan bergelar Ahli Parlimen, langkah seterusnya umum keluar DAP dan sertai UMNO.

Lihat sendiri sejarah yang terpahat dalam parti paling chauvanist di dunia ini. Pimpinan DAP yang berbangsa melayu sudah meninggalkan parti komunis ini....

DAP pernah menggunakan taktik yang sama pada tahun 2008 apabila melantik Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Presiden DAP. Tunku Aziz juga dilantik sebagai Senator mewakili DAP. Beliau bukanlah calang calang orang kerana pernah menjawat jawatan Naib Presiden Transparency International.

Tetapi pada tahun 2012, DAP menerima tamparan hebat setelah Tunku Aziz mengumumkan keluar DAP. Maka berkubur sudah cita cita Kit Siang dan Guan Eng untuk memancing undi melayu pada PRU 2013.

No comments:

Post a Comment