SELAMA hari ini bukan main lagi PAS
pertahan DAP menolak perlaksanaan hudud sebab katanya pemimpin DAP ini
bukan Islam, mereka tidak faham Islam dan dengan itu tak mengapalah
mereka tolak hudud. UMNO pulak kafir tolak hudud sebab ramai pemimpin
UMNO beragama Islam, itu ini dan sebagainya..malas nak ulang, semua
orang tau.
Tapi hari ini, DAP calon Dyana Sofea
untuk jadi ahli Parlimen di Teluk Intan dan budak Dyana ini (beragama
Islam), awal-awal sudah jelaskan kalau ada pengundian hudud di Parlimen,
dia akan tolak mentah-mentah sebab pada dia hudud ini bukan persoalan
agama, tapi pendirian parti!!
Menyebut tentang itu, (tolak hudud sebab
pendirian parti) penulis dah jelaskan dalam artikel pertama, penulis
tidak mahu membosankan sesiapa dengan mengulangi benda sama dalam
artikel kedua, yang penulis nak ‘tinggi terangkan’ (highlight) hari ini
ialah apa pandangan PAS akan penolakan Dyana terhadap hudud?
Apa yang penulis tak tahu hari ini dari
PAS ialah, kalau dulu Karpal tolak hudud, PAS rela sebab katanya dia
bukan beragama Islam, oklah, sekarang yang Dyana ni macam mana pulak?
Bukan Islam jugak ke?
Boleh ke agaknya PAS jawab soalan mudah
ini. Penulis tak rasa penulis seorang saja nak tahu, ramai lagi yang
diluar ini nak tahu juga apa pendirian PAS akan penolakan Dyana terhadap
hudud – belum pun dia menang dan jadi ahli Parlimen.
Atau mungkin PAS ada 2 set jawapan untuk
jenis Islam tapi sokong DAP macam Dyana. Penulis katakan begitu sebab
berdasarkan pengalaman, penulis tahu PAS sentiasa ada nas dan dalil
(kadang-kadang yang dibuat sendiri) untuk menjustifikasi keadaan
mengikut keperluan parti tersebut.
Yang PAS tak tahu, ahlinya bukan macam
cina, letak batang pisang jadi calon DAP pun mereka akan sokong. Ahli
dan penyokong PAS sedikit sebanyak masih ada akal untuk menilai apa
salah dan apa betul, sebab itu BN boleh rampas semula Kedah hanya
setelah sepenggal PAS memerintah.
Maka itu persoalan itu nanti, pasti
menuntut jawapan, dan penulis sendiri kalau berada di tempat kepimpinan
PAS hari ini, tak tahu macam mana nak jawab tu, melainkan pusing sana
dan pusing sini sajalah (spin).
No comments:
Post a Comment