SEMALAM penulis beri sedikit penjelasan
mengenai GST dalam bahasa yang mudah orang faham. Menariknya, ada komen
yang menyalahkan kerajaan kerana tidak menjelaskan tentang GST walaupun
dah berbagai kempen dijalankan, dari papan tanda, sesi penerangan,
iklan TV/Radio, Internet jangan cakaplah, bersepah.
Orang ini macam komunis baru keluar hutan, dunia dah berubah, dia macam itu jugaklah lagi.
Dalam konteks Malaysia hari ini, komen
yang sebegitu menunjukkan, isunya bukan tak faham, tapi sengaja taknak
faham. Yang kerajaan dengan pelbagai kempen dikatakan tidak memberi
penjelasan kepada rakyat, tapi yang Anwar dengan satu dua ceramah,
dikata memberi penjelasan kepada rakyat maka itu terima saja apa dia
cakap?
Bodoh jenis macam manakah ini?
Cuba beri satu bentuk komunikasi yang
kerajaan belum pernah guna untuk jelaskan kepada rakyat? Satu cukup,
tak usah banyak. Ada? Mungkin orang ini mahu kerajaan ketuk dari satu
pintu ke pintu beri penjelasan pasal GST? Kalau macam itu, lebih baik
kembali hidup pada zaman batu.
Logiknya, kalau buat macam itu, bila masanya yang nak habis bagi penjelasan?
Jadi isunya disini, kalau ada pun yang
tak faham GST kerana konon kerajaan tak beri penerangan (bukan sebab
lain), itu bukan salah kerajaan, tapi sebab diri itu dah memang
pembangkang, bangkang sajalah apa pun yang kerajaan buat. Baik ke
buruk, itu belakang cerita.
Kita dah masuk fasa nak kerajaan kaji
semula apa yang patut dikecualikan dari GST dah, tapi ada balaci yang
masih tak faham GST dari atas sampai bawah.
Jenis ini lawan kerajaan tapi harap
kerajaan untuk beri penjelasan kepada mereka sampai faham!! Anway,
banyak sangat telan air liur Anwar sampai tak tahu bahawa takkanlah
kerajaan BN nak seusahkan hidup rakyat dengan cukai yang membebankan?
Ini kita cakap pasal kerajaan BN,
bukan macam kerajaan Pakatan, sanggup seksa rakyat akibat perbezaan
politik, macam catuan air di Selangor beberapa bulan sebelum ditamatkan
(tanpa jaminan tidak berulang) 1 Mei hari itu.
Kerajaan BN, buat apa pun mesti atas
kepentingan rakyat. Kalau ada masalah pun di peringkat pelaksana
sajalah, bukan diperingkat pembuat dasar. GST bukan cukai baru tapi
cukai sedia ada yang dipertingkatkan supaya lebih telus disamping
pelbagai pembaharuan lain.
Sudah tentu perubahan ini bermaksud akan
ada pengurangan dan ada juga kenaikan secara minimum. Contoh, rakyat
kena bayar tambahan cukai 6% pada pembelian yang tidak dikenakan cukai
sebelum ini, tapi 6% itu adalah dari kos yang telah diturunkan hasil
penghapusan cukai jualan 10% setelah perlaksanaan GST!!
Pendek kata GST ini akan menguntungkan
semua pihak, kerajaan dan rakyat. Ya, dalam apa sistem sekalipun, ada
kelemahan tapi ada juga kebaikan, ini sistem manusia bukan sistem Tuhan.
Yang penting apa pun kebaikan tu kita perbaiki bersama, bukan bantah
bila GST belum pun dilaksanakan lagi.
Yang buat kerja itu hanya orang kurang cerdik, dan sememangnya yang puja Anwar Ibrahim ni kurang cerdik segala segi pun.
Penulis sendiri pun ada satu komen pasal
GST ini, iaitu terlalu banyak kuasa diberikan kepada satu agensi untuk
mengawal selia perlaksanaan GST. Soalnya bukan apa, penulis tengok
cerita rokok seludup saja cukup dah, ini pun agensi berkenaan tak mampu
nak bendung.
Bimbang kalau setelah GST dilaksanakan
nanti, jika ada individu atau syarikat yang tidak mematuhi sistem yang
diperkenalkan, bagaimanakah agensi berkenaan yang sedia terbeban dengan
pelbagai tugas sekarang, mampu menjalankan tugas dengan berkesan?
Itu saja kerisauan, tapi penulis sentiasa yakin kerajaan BN akan ada jalan.
No comments:
Post a Comment