Agak lucu apabila membaca laporan mengenai perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diadakan semalam di portal Harakahdaily.net yang mengatakan jumlah peserta yang hadir mencecah 50,000 orang. Walhal, kelibat manusia yang hadir hanyalah sekitar 10,000 orang sahaja berbanding jumlah anggaran yang dijangkakan hadir seramai 100,000 orang.
Dari kenyataan yang nyata jauh berbeza ini, dapatlah dirumuskan, tiada kejayaan yang dicapai oleh para peserta himpunan ini selain hanya mendapat penat dan letih berjalan tanpa ada sebarang tujuan dan matlamat.
Ini kerana, perhimpunan tersebut hanyalah berpaksikan kepada matlamat dan objektif yang kosong dan mungkin, ada antara para peserta yang terlibat tidak mengetahui apa itu GST dan maklumat menyeluruh mengenai GST. Yang mereka tahu, hanya termakan umpan dan dakyah penipuan dari pihak pembangkang.
Sepanjang perhimpunan Bantah GST itu diadakan semalam, para peserta tidak berpegang kepada prinsip utama iaitu membantah GST. Hakikatnya, beberapa isu yang dibangkitkan langsung tidak ada kena-mengena dengan tujuan asal perhimpunan tersebut dijalankan. Nampaknya, ia sama seperti perhimpunan-perhimpunan lain yang diadakan oleh pembangkang sebelum ini dan pencapaiannya, sama sekali gagal.
Antara isu lain yang cuba dibangkitkan oleh para peserta adalah memperbesarkan isu kehilangan pesawat MH370 di mana mereka cuba menyebarkan fitnah mengenai insiden tersebut iaitu kerajaan tidak mengambil langkah yang proaktif dan mampan dalam usaha pencarian pesawat itu.
Selain itu, ada juga sekumpulan anak muda Cina yang menyertai himpunan bantah itu turut mengambil peluang untuk menjadikan medan perhimpunan Bantah GST sebagai saluran untuk mereka membenarkan budaya Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dibenarkan di Malaysia. Ini kerana, mereka begitu berani membawa sepanduk yang tertera perkataan, ‘Kami homoseksual, kami menentang GST’ dan ‘Tidak kira saya tidur dengan siapa, tetapi saya menentang GST’’. Ini jelas menunjukkan, mereka sebenarnya tidak mengetahui maklumat terperinci mengenai GST langsung.
Menyedari kegagalan dari perhimpunan ini, pengikut pembangkang mula menyebarkan cerita fitnah iaitu mendakwa ada antara peserta yang terlibat dalam perhimpunan tersebut cedera ditikam dan diberi layanan kasar oleh pihak berkuasa.
Namun, ia hanyalah kisah dongengan yang dicipta sendiri oleh pihak pembangkang apabila perkara itu dinafikan oleh kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang menyatakan gambar tersebut adalah gambar lama.
Malah, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh juga berkata perhimpunan itu berakhir dengan aman dan tidak ada sebarang kecederaan yang berlaku walaupun ada para peserta yang cuba mengambil pendekatan untuk melakukan rusuhan. Sebaliknya, ia berjaya dikawal oleh pihak polis.
Dek kerana cetek akal antara peserta perhimpunan yang hadir, perkara yang kerap diambil mudah oleh pengikut pembangkang adalah mereka gemar melanggar peraturan dengan membawa anak-anak kecil ke perhimpunan tidak berfaedah seperti ini. Masa dan tenaga anak-anak mereka sanggup dihabiskan kepada perkara yang tidak berfaedah berbanding diisi dengan saat-saat indah dengan meluangkan masa bersama keluarga.
Justeru, dengan tindakan membuang masa dan kurang cerdik ini, tidak ada apa yang dapat merubah keadaan kerana, walaupun mereka mengadakan bantahan sekali pun, kerajaan sudah pun merangkakan perlaksanaan dan kebaikan GST kepada negara ini.
Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk memantapkan hasil ekonomi demi menjamin masa depan negara dan kebajikan rakyat. Justeru, wajarlah para peserta perhimpunan ini, juga seluruh rakyat Malaysia, menyambut baik seruan Najib dan kerajaan agar berfikir dan bertindak secara rasional mengenai perkara GST. Ini kerana, perlaksaan GST telah pun dirancang hampir 30 tahun.
Dapat dikatakan juga, perhimpunan bantah ini hanyalah sekadar alasan untuk menutup isu hudud yang rancak diperdebatkan dalam parti pembangkang mutakhir ini.
Adalah lebih baik kiranya para peserta yang mengikuti perhimpunan ini berfikir secara bijak dengan tidak termakan hasutan pembangkang dan mempolitikkan perkara baik yang cuba dilakukan oleh kerajaan.
No comments:
Post a Comment