Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 9 April 2014

LIWAT SESAMA SENDIRI, JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN PULAK!!!


Calon Ketua Wanita PKR Pusat, Rodziah Ismail menolak dakwaan kononnya beliau menyalahgunakan kedudukan sebagai Exco Selangor untuk memancing undi menjelang pemilihan parti Mei depan.
Sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah dan percubaan membawa politik kotor, Rodziah menegaskan, bukti kukuh perlu dikemukakan jika terdapat pentadbir kerajaan negeri berbuat demikian untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sebelum mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan.
"Selagi tidak ada bukti, kita anggap itu fitnah. Kalau ada fakta buktikan. Ahli PKR dah matang, buktikan dan berani cakap perkara benar tetapi jangan bawa politik kotor.
"Saya ambil pendekatan JPP berkali-kali menasihatkan kalau ada bukti tampil ke hadapan bawa aduan dan Jawatankuasa Disiplin akan kaji untuk tindakan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga itu.
Semalam, penyandang Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin mendakwa pihaknya menerima aduan wujudnya salah guna kuasa kerajaan negeri menjelang Pemilihan PKR 2014, namun tidak mendedahkan nama calon yang terlibat sebaliknya mahu JPP menyiasat dakwaan tersebut.
Zuraidah berkata, pentadbir negeri tidak boleh menggunakan jawatan yang diletakkan parti untuk keselesaan mereka dalam pertandingan parti.
Rodziah berkata, kedudukannya sebagai Exco dan jentera pentadbiran negeri tidak pernah digunakan untuk berkempen bagi pihak dirinya.
Selain beliau, katanya, pemimpin PKR lain seperti Exco Selangor, Elizabeth Wong dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga tidak dapat lari daripada persepsi mereka merupakan sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya tak gunakan cara tersebut. Kalau saya keluar berkempen sekali pun daripada sudut kewangannya itu daripada hasil tiitk peluh saya, gaji saya sendiri," tegasnya.
Tambahnya, sebagai ahli politik yang matang Zuraida tidak sepatutnya menimbulkan persepsi sedemikian di kalangan ahli.
"Persepsi tak semestinya betul. Memulakan persepsi negatif itu membimbangkan saya. Dalam tempoh kempen yang sihat ini membawa budaya negatif dan fitnah itu kita harap jangan dibudayakan dalam kempen pilihan raya kali ini," katanya.

PS: Jadi, bila Si Rodziah ni nak saman Si Zuraidah tu? Kenyataan Si Zuraidah tu dibuat secara terang - terangan. Kalau setakat bercakap je, apa guna. Tak mendatangkan faedah lansung!!!

No comments:

Post a Comment