HARI ini penulis difahamkan di perkarangan Stadium Kajang, ada penganjuran karnival yang antara lain turut menawarkan pemberian 10,000 satay percuma kepada para pengunjungnya – selain pembukaan gerai-gerai oleh para peminjam program mikro kredit Selangor.
Membuktikan bahawa yang anjur ini bukanlah BN, tapi pihak yang satu lagi, atas nama ‘Selangorku’.
Nak edar 10,000 satay percuma, kita takdak masalah, edarlah berapa banyak pun. Lagipun dalam keadaan krisis air sekarang, memang rakyat Selangor, terutama di Kajang ini perlu satay percuma untuk mandi, membasuh, membersih dan sebagainya.
Cuma masalahnya sekarang, karnival ini diadakan pada waktu Anwar Ibrahim sudah diumumkan sebagai calon PKR di Kajang – setelah kerusi itu dikosongkan secara sengaja oleh Lee Chin Cheh. Eh, apa tidak adakah yang nak mengaitkan perkara ini sebagai rasuah pilihanraya?
Bayangkan kalau BN yang buat tengok, dah bertepek-tepek dah wall masing-masing kat FB dengan kutukan dan label label yang tidak baik.
Tapi sebab yang terlibat ini pihak ada kaitan dengan macai, maka tidaklah ia begitu digembar-gemburkan, malah kalau ikut selidikan penulis, tidak ada blog atau FB macai yang siar tentang penganjuran karnival ini, sebab sudah tau apa nanti komen yang akan masuk.
Maklumat ini pun penulis dapat dari rakan yang kebetulan ambil kesempatan dari pemberian satay percuma tersebut. Dalam membaham satay percuma tu, dia masih prihatin dengan tujuan penganjuran karnival tersebut di tengah-tengah Kajang nak ada pilihanraya kecil 23 Mac nanti.
Baguslah.
Apa pun, usahlah macai kata karnival ini sudah dirancang sekian lama dan berlaku secara kebetulan sebab itu alasan nak defend yang sudah basi.
Dengan Anwar tidak ada apa yang kebetulan, apatah lagi dalam hal sekarang, keseluruhan episod di Kajang ini memang sudah dirancang, diperakui sendiri oleh Anwar dan para balacinya – sebahagian strategi, kepala hotak dia strategi.
Strategi apa kalau menyusahkan orang dan membazirkan wang rakyat.
No comments:
Post a Comment