Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 2 March 2014

Rakyat Derita Krisis Air, Wakil Rakyat Sibuk Perang Rebut Harta?

krisis-air-selangor1
Tajuk ini memang agak kurang ajar. Namun ia sangat sesuai ditujukan kepada wakil-wakil rakyata Pakatan Rakyat Selangor yang menghadiri taklimat tertutup bersama Menteri Besar Selangor. Taklimat khas itu antara lain ingin menjelaskan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam meneyelesaikan isu air di Selangor.

Saya tidak mahu lagi mengulas bentuk dan keperluan penstrukturan semula isu air Selangor ini. Telah banyak kali kita baca dan ulas isu ini. Yang terbaru boleh baca di sini: Meninjau Semula Isu Air Selangor: Krisis Air Ini Bukan Salah Takdir.  

Kalau sesiapa tidak faham lagi masalah krisis air sekarang boleh turun ke Balakong tanya penderitaan mereka selama 17 hari yang lalu. Macai-macai Pakatan tolong diam kalau tidak faham. Pertahanlah isu liwat Anwar Ibrahim. Jangan masuk campur hal air ini kalau hendak menutup bangkai gajah dengan nyiru.

Yang belum hadapi catuan air boleh baca di sini: Catuan Air Di Lembah Klang Babitkan 2.2 juta pengguna.

Berbalik kepada kisah taklimat semalam. Ketika seluruh Lembah Klang akan berhadapan dengan catuan air mulai hari ini, wakil rakyat Pakatan yang berjumpa Khalid semalam sibuk membincangkan siapa dapat untung daripada MoU ini. Mereka sibuk bincang apakah pemain-pemain industri air di Selangor akan dapat laba.

Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen berkata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memaklumkan kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat dalam satu taklimat semalam.
“Beliau ( Khalid ) berkata syarikat konsesi air tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa menerima tawaran sebanyak RM9.65 bilion itu.
” Tetapi apabila saya bertanya lanjut mengenai isu timbang tara antarabangsa, beliau mengakui bahawa klausa tentang timbangtara antarabangsa itu membolehkan syarikat-syarikat konsesi air meminta bayaran tambahan.
” Dan jika penimbangtara memihak kepada syarikat air, maka perjanjian itu boleh melonjak mencecah RM14 bilion,” kata Wong dalam satu catatan di Facebook.
Sebenarnya jika kos ini meningkat kepada berapa bilion pun ia adalah salah Pakatan Rakyat yang telah menangguhkan isu ini sejak 6 tahun lalu.

Mereka juga sibuk mempersoalkan langkah Khalid Ibrahim meneruskan usaha penyusunan semula industri air negara yang dirancang semasa BN dahulu.

Mereka mahu membelasah Khalid dan memberi gambaran seolah-olah “deal” ini menguntungkan kroni UMNO. Mereka tahu kerajaan Negeri Selangor mempunyai kuasa dan syer yang besar dalam keempat-empat syarikat yang akan digabungkan tetapi mereka tetap mahu mempolitikkan dan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN.

Apa sebab mereka mahu menghalang pembinaan Loji Langat 2? Adakah mereka ini “orang hadapan” kepada pemaju dan kontraktor besar tertentu dari bangsa tertentu yang banyak menyumbang kepada parti mereka walaupun terkenal rapat dengan pemimpin negara?
Wakil Pakatan mengkritik langkah itu kerana mereka tidak dimaklumkan lebih awal mengenai pemeteraian MOU air antara kerajaan Selangor dan Kerjaan pusat sehinggalah tersebar laporan media mengenainya.
Khalid telah menjustifikasikan langkah tersebut dengan memetik keperluan untuk mencegah dagangan dalaman (insider trading) kata Wong Chen.
“Bagaimanapun apabila saya bertanya kepada beliau (Khalid) sepanjang minggu-minggu rundingan mereka, adalah anggota kabinet BN juga dipaksa menandatangani perjanjian supaya tidak mendedahkan perjanjian tersebut bagi mengelak dagangan dalaman, beliau berkata beliau tidak tahu,” katanya. – Malaysiakini.com
Jika dilihat seluruh taklimat semalam, mereka sibuk membincangkan bagaimana mahu memburukkan BN, mengira untung rugi kumpulan yang mereka wakili, dan mengapa MoU ini dilakukan tanpa melalui penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Awar Ibrahim.

Apakah mereka marah kerana tanpa melalui Anwar Ibrahim maka banyak urusan-urusan “ugutan politik dan perniagaan” sebelum menjayakan MOU ini tidak dapat dilaksanakan?

Ketika jutaan penduduk Lembah Klang berhadapan krisis air, tiada seorang pun antara mereka mahu membincangkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah air ini dengan cepat tuntas. Mereka hanya sibuk mengapa mereka tidak dimaklumkan. Apa punya sial wakil rakyat semacam ini?

No comments:

Post a Comment