Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 9 January 2014

Paderi guna kalimah Allah untuk kaburi mata orang Islam


Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad (gambar) mempersoalkan tujuan pihak paderi di Semenanjung yang bertegas mahu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk tuhan mereka, walaupun sejak kira-kira 500 tahun dahulu Roman Katolik memasuki Melaka, tidak pernah menggunakannya.
"Bagi saya hanya satu tujuan, iaitu untuk mengaburi mata orang Islam dengan mengatakan kalau kamu datang di gereja kami pun kamu masih beriman dengan Allah," katanya dalam sesi soal jawab di satu wacana intelektual di Kuala Lumpur Selasa.
Wacana bertajuk "Pelaksanaan Hudud di Brunei: Apa Yang Malaysia Boleh Pelajari?".
Menurut beliau, orang Islam di Malaysia perlu mempertahankan hak mereka dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Dalam syarahannya di wacana itu, Abdul Hamid membincangkan isu hudud dan berkata pelaksanaannya tidak harus bermotif politik jika mahukan undang-undang itu berjaya dilaksanakan.
Beliau berkata mana-mana pihak yang berhasrat melaksanakannya juga perlu meneliti keadaan sekeliling, antaranya keharmonian pelbagai kaum, dan tidak tergesa-gesa.
"Tambahan lagi idea itu timbul di negeri-negeri dan diperkenalkan tanpa rundingan dan pandangan kerajaan Persekutuan. Tanpa kerajaan Persekutuan, keadilan jenayah tidak boleh ditadbir dengan berkesan," katanya.
Mengambil kira beberapa buah negara yang melaksanakan hukum hudud seperti Pakistan dan Nigeria, Abdul Hamid berkata berdasarkan perkongsian maklumat bersama beberapa kenalannya yang terlibat secara langsung, hukum hudud dianggap tidak atau masih belum diterima sepenuhnya.
"Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Abuja, Nigeria, Ibrahim Bukar memberitahu saya bahawa sistem perundangan syariah telah diperkenalkan lebih kurang 10 tahun dan secara tergesa-gesa dan (ia) lebih kepada keuntungan politik daripada kepentingan dan keperluannya.
Beliau menasihatkan pihak yang hendak melaksanakannya terlebih dahulu melakukan kajian secara menyeluruh dan membuat pelbagai persediaan.
Abdul Hamid berkata Brunei yang mengumumkan untuk melaksanakan hukuman itu sendiri telah melakukan kajian kira-kira 30 tahun dan masih belum selesai serta tidak lagi melaksanakannya.
Sambil membandingkan negara ini dan Brunei, Abdul Hamid berkata negara yang meletakkan kuasa mutlak kepada Sultan itu mempunyai keistimewaan tertentu yang membolehkan undang-undang dipinda.

No comments:

Post a Comment