Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 5 January 2014

Ku Nan Diminta Masuk Campur Bebaskan Putrajaya Daripada Imej Arak Seperti Hard Rock Cafe

Screenshot_2014-01-04-22-16-32

Pengumuman Tan Sri Aseh Che Mat bahawa Perbadanan Putrajaya akan membenarkan pembukaan Hard Rock Cafe di bandar pentadbiran negara sangat mengejutkan dan menimbulkan tanda tanya sama ada pusat pentadbiran yang direka berasaskan seni bina Islam akan dicemari dengan pelbagai imej-imej perniagaan arak dan hiburan.

Tiada siapa menafikan keperluan kelab-kelab berjenama besar seperti Hard Rock Cafe kepada industri pelancongan, namun banyak lagi bandaraya di Malaysia ini boleh dibina bukannya Putrajaya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad membina Putrajaya dengan hasrat mahu menjadikan ia sebuah lambang pentadbiran Islam di rantau ini. Malangnya, dengan pengumuman seperti ini, ia bukan sahaja akan merosakkan imej Putrajaya, malah menggagalkan hasrat menjadikan Putrajaya satu bandar pentadbiran Islam yang dikagumi.

Kita berharap campur tangan Menteri Wilayah Persekutuan agar menghalang ikon-ikon arak dan hiburan keterlaluan seperti ini bertapak di Putrajaya.
Sementara itu sebuah Pages Facebook telah diwujudkan beberapa jam selepas pengumuman tadi:

PUTRAJAYA 4 Jan. – Pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir akan membuka sebuah lagi cawangan restorannya di sini selepas pembukaannya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, secara spesifiknya lokasi keempat Hard Rock Cafe itu ialah di Menara Ikhlas, Presint 3 di sini dan ia akan dibuka secepat mungkin iaitu antara tempoh tiga hingga empat bulan tahun ini.
“Ini akan melibatkan pelaburan yang agak tinggi kerana kita mahu Hard Rock Cafe berkenaan mampu menjadi tarikan baharu orang ramai untuk ke Putrajaya, terutamanya para peminat motosikal Harley Davidson,” katanya di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Aseh yakin dengan adanya Hard Rock Cafe berkenaan, ia mampu menjadi tarikan baharu bagi Putrajaya. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment