Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 6 January 2014

Jangan 'bikin rock' di Putrajaya...

hardrock513

Cerita ini muncul dan takdirnya segera tenggelam.Siapa yang tidak terkejut dengar Hard Rock Cafe nak buka cawangan di Putrajaya.Cafe ada banyak macam cafe.Namun lain sikit dengan jenama ini.

Hard Rock Cafe selalunya dikaitkan dengan unsur-unsur arak dan hiburan.

Putrajaya selama ini ialah bandar pentabiran negara yang bersih dari 'segala macam'.Kewujudan cawangan Hard Rock Cafe tentunya akan merobek imej Putrajaya.

Makanya tidak menghairankan sejurus muncul berita Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir telah bersetuju membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3 ramai yang 'mengamuk'.

Sabtu,Aseh yang sebelum itu mengiringi Syed Yusof melawat menara berkenaan memberitahu cawangan Hard Rock Cafe Putrajaya akan dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan pada tahun ini.
"Ia akan menjadi tarikan baharu di sini termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan juga golongan muda," katanya.

Jika menjadi kenyataan ia merupakan Hard Rock Cafe yang kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.

Gara-gara mau 'bikin rock' di Putrajaya ramai yang bangkit menerusi komentar di facebook dan twitter menentang sebarang cadangan seumpama itu.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris dalam satu kenyataan menegaskan pertubuhan itu Putrajaya yang dianggap sebagai kota Islam tidak wajar dicemari dengan satu restoran berkonsepkan bar yang menghidangkan minuman keras secara terbuka dan persembahan hiburan liar.

Katanya kewujudan Hard Rock Cafe tidak bersesuaian dengan fungsi Putrajaya sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan.
Polimek yang tiba-tiba jadi hangat itu nampaknya segera mendapat reaksi Aseh.

Ahad malam menerusi posting di laman facebooknya Aseh dikira membuat pusingan U pada kenyataan asalnya.

Dari ayatnya beliau mengambarkan apa yang digembar gembur itu hanya merupakan satu cadangan dari Syed Yusof dan tiada permohonan dan keputusan yang dibuat.

"Saya menerima kunjungan Tan Sri Syed Yusof bin Tun Syed Nasir ke Putrajaya dimana beliau berhasrat untuk melabur hartanah dalam bidang perhotelan serta kemungkinan membuka Hard Rock Cafe. Namun tidak ada permohonan pun yang telah dibuat. Oleh itu, soal membuat keputusan tidaklah timbul sama sekali.
"Setelah mendengar dengan perihatin keatas bantahan dan keluhan semua pihak, saya ingin menegaskan bahawa Perbadanan Putrajaya tetap tegas dengan prinsip serta peraturan ketat yang tidak membenarkan unsur2 penjualan arak dan hiburan yang tidak bersesuaian demi menjaga kesucian dan imej Putrajaya sebagai Pusat pentadbiran kerajaan. 

"Saya mohon maaf jika isu ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan keresahan dikalangan rakyat Malaysia."

Mungkin insiden kecil ini boleh menjadi sempadan kepada mereka yang berkuasa diatas menghayati sensistviti rakyat kebanyakan sebelum membuat sesuatu kenyataan.

No comments:

Post a Comment