Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 1 December 2013

[Tanda tanya] SAYA MASIH AHLI PAS - Ustaz Kazim


kazimlead-513

Ini memang suspen.Sabtu malam  bertempat di sebuah kawasan perumahan PPR Setapak,Kuala Lumpur  penceramah agama popular Ustaz Kazim Elias memberitahu satu sidang akhbar yang dihadiri ramai wartawan bahawa beliau masih lagi seorang ahli parti PAS. 

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempelawanya untuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO tahu mengenai perkara itu.

Hal ini timbul bila wartawan meminta beliau mengesahkan satu dakwaan dari PAS Perak mengatakan beliau masih lagi ahli PAS.

"Ya saya memang anggota PAS...saya tidak pernah keluar dari PAS walaupun dulu ada ura-ura kata saya dipecat dari PAS

Ustaz Kasim menjelaskan tetapi sehingga ke hari ini tiada sebarang surat dari Jawatankuasa Disiplin PAS pecat  beliau.

Beliau sebelum ini dilaporkan ahli PAS di Kampung Manjoi dalam kawasan Tambun,Ipoh, Perak.

Ini adalah pertemuan pertama kali Ustaz Kazim dengan wartawan dalam satu sidang akhbar selepas diumumkan sebagai Ahli MT oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor petang Jumaat.

Sidang akhbar itu diadakan sebelum beliau menyampai ceramah yang dihadiri lebih 2,000 penduduk kawasan perumahan itu dan kawasan sekitarnya.Ia dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa.

Ustaz Kazim berkata ,"sepatutnya PAS merasa sikit malu dengan UMNO kerana booleh menjemput orang di luar UMNO untuk berada dalam Majlis Tertinggi UMNO...dan PAS tidak pernah menjemput saya.
"Apa tah lagi nak dijadikan sebagai teman yang mesra penasihat dan sebagainya.
"PAS sendiri tak panggil saya..orang lain di luar parti memanggil dan menghargai ahli PAS..PAS sendiri tidak pernah hargai saya sedangkan saya tidak pernah keluar PAS.
"Sepatutnya dalam bab ini kepimpinan PAS khususnya PAS Perak merasa malu dengan Datuk Seri Najib.
"Dia tahu saya ahli PAS...perkara ini saya sensiri beritahu pada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zambry Kadir  bahwa saya bukan orang UMNO...tetapi saya sokong  agenda perpaduan, agenda islam saya sokong...PAS malu..kalau mereka hargai pandakwah-pendakwah seperti saya rasanya lama dah saya dipanggil."

kazim-pendengar

Bagaimanapun, agak suspen, apabila Ustaz Kazim berkata sehingga saat ini belum buat keputusan terima atau tolak jemputan tersebut.

"Saya berhajat nak jumpa PM (Datuk Seri Najib Tun Razak). Keputusan terima atau tolak bergantung pada jaminan PM yang saya boleh terus berdakwah tanpa terikat,"ujarnya.

Ustaz Kazim berkata Perdana Menteri ada menghubungi beliau menerusi telefon pada hari Khamis lalu.Namun secara peribadi belum bersemuka secara empat mata.
"Sebab saya nak jaminan dari Datuk Seri apa sebenar yang Datuk Seri boleh bagi pada saya yang boleh buat kerja saya...saya tak mahu bila saya sertai UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO...hubungan saya dengan masyarakat yang berjuta sekarag terhakis dan terhalang.
"Saya tak mahu kerja kerja dakwah saya dalam internet, youtube ,televisyen terhakang sebab persipsi orangramai bila seorang Ustaz masuk UMNO akan dihalang dan tertutup.
"Saya nak tengok jaminan apakah tangan saya terikat mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa kesalahan sepertui mana saya sekarang bebas tegur
Kalau itu jaminannya saya boleh berkerjasama...tapi kalau ada sekatan dan ikatan...saya bukan orang yang minta jawatan...saya boleh tolak.
"Setakat ini saya belum lagi isi apa-apa borang sertai UMNO dan sebagainya.Saya belum buat keputusan samaada nak terima atau menolak.
"Menerima pun saya tak kata...menolak pun saya tak kata tetapi kalau tengok kepada keadaan sekarang...saya perlu kekuatan untuk menyokong saya..kalau kekuatan itu tidak ada....saya lebih selesa sebagai penceramah bebas seperti sekarang...saya rasa banyak pihak akan setuju...bukan kata tawaran itu tak bagus.
"Saya rasa rasa 80 peratus setuju biarlah Ustaz Kazim bebas seperti rama-rama sebelum ini...bebas hingga kemana-mana."
Ditanya adakah sebarang tempoh waktu ditetapkan bagi penerimaan tawaran itu,Ustaz kazim kata," Saya bertemu dengan pegawai Perdana Menteri .Saya kata bagi masa saya jumpa PM...sehingga PM bersedia jumpa saya..bila-bila masa saja terluang...bukan masa Perhimpuna Agung UMNO saja...
"Bagi saya bila-bila masa pun tak mengapa..janji saya boleh bercakap secara berdepan dengan PM..bukan makna saya besar sangat sampai nak kena jumpa Datuk Seri...saya tak besar...yang besar ialah audien saya..sampai ke luar negara...mereka lihat sesuatu yang mengemparkan..banyak yang sokong dan ada yang tidak.-
Jawab soalan mengenai penerimaan ahli UMNO terhadapnya,Ustaz Kazim berkata beliau merasakan ada ahli UMNO yang pro dan kontra dengan kemasukan beliau sebagai ahli MT UMNO.

"Yang pro alu-alukan Ustaz Kazim sertai UMNO..kontra kata lebih sesuai Ustaz kazim bergerak dari luar UMNO..tanpa perlu masuk UMNO.

"Itu bukan makna mereka was-was atau curiga dengan saya..tidak saya tak kata begitu...ramai yang sms (mahu) saya bergerak seperti sekarang...bukan benci tak setuju..atau (anggap) gangguan.
Mengenai tindak tanduk PAS yang letak pelbagai syarat kearah perpaduan dengan UMNO,Ustaz Kazim tidak setuju dengan sikap itu.
"Nabi kata permudahkan jangan susahkan....kenapa perlu letak syarat untuk berbaik .Kalau orang nak buat baik terima.
"Sudah sampai masanya muzakarah atau letak apa nama saja...umat islam bersatu.(Harus) permudahkan..itu cara sangat baik saya sokong kenapa letak sayarat macam-macam untuk persaudaraan dengan orang Islam tetapi tiada syarat perpaduan dengan orang yang bukan Islam.
"Kenapa suasahkan persaudaraan dengan Islam tetapi begitu mudah dengan orang yang lain dari islam." 

Sementara itu pada ceramahnya,Ustaz Kazim berulangkali menyatakan rasa kesalnya pada sikap sesetengah pihak yang mencerca dan memaki hamun beliau di internet,blog dan facebook kerana ditawarkan jawatan Ahli MT UMNO.

Beliau harian dengan gelagat mereka yang tidak mahu melihatnya dari sudut positif tetapi terbawa-bawa dengan sikap taksub pada politik kepartian.

Katanya gara-gara tindak tanduk mereka ini yang mencerca macam-macam  isteri dan anak-anaknya sudah tidak mahu lagi membuka laman facebook.

Beliau menilainya tidak melambang sifat sewajarnya sebagai orang Islam

No comments:

Post a Comment