Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 31 December 2013

Polis temui bom buatan sendiri di Ampang


Post Pic

SHAH ALAM: Polis Selangor mendedahkan penemuan satu bom buatan sendiri dari seorang lelaki di Tasik Permai, dekat Ampang, kira-kira jam 10.30 pagi, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, bom itu ditemui ketika anggotanya memeriksa lelaki terbabit yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Sebelum ditahan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu dilihat mencurigakan dan tidak berhenti ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.

"Polis merampas satu objek jenis paip PVC dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telefon bimbit milik suspek," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam satu kes berasingan, polis Selangor turut merampas 56 helai baju T yang mempunyai unsur hasutan dalam satu serbuan di Seri Kembangan, awal pagi semalam.

Sehubungan dengan rampasan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, sebelum melepaskan lelaki yang bekerja sendiri itu selepas keterangannya dirakamkan.

Bagi kes pertama, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 manakala bagi kes kedua, kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment