Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 30 December 2013

Lebih Baik Berhimpun Bersama Keluarga Daripada Sertai Himpunan Guling Kerajaan

Berhimpun dan menghabiskan masa bersama-sama keluarga tersayang adalah lebih baik daripada menyertai Himpunan Guling Kerajaan yang nyata sia-sia dan membuang masa, kata Ketua Puteri Umno bahagian Alor Gajah Azniza Ahmad Khuzar.
najib-rosmah-kumpul-keluarga-makan-tahfiz-anak-yatim
Beliau berkata rakyat, terutama golongan muda, perlu memikirkan keluarga dan orang tersayang terlebih dahulu sebelum mereka terjebak serta terpengaruh dengan dakwaan penganjur perhimpunan itu.
“Golongan muda dari Institut Pengajian Tinggi banyak terjebak untuk mengikuti perhimpunan seperti itu namun mereka tidak tahu apa tujuan perhimpunan itu diadakan… mereka perlu faham dengan mendalam kenapa perhimpunan itu dibuat,” katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, beliau bersama-sama wakil 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan berhubung perhimpunan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.
Antara NGO terbabit ialah Yayasan Angin Ahmar Melaka, Gerakan Belia 4B, Majlis Gabungan Belia Melaka, Majlis Gerakan Belia Daerah Alor Gajah, Pahlawan Maya Melaka dan Persatuan Ibu Tunggal Kawasan Alor Gajah.
Azniza berkata polis perlu mengambil tindakan tegas dengan menangkap sesiapa sahaja yang menghadiri perhimpunan itu bagi menjamin keamanan negara dan rakyat di negara ini.

No comments:

Post a Comment