Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 12 December 2013

Kalau Dalam Musibah Banjir Pun Tak Nampak Muka Usah Samakan Dengan Nelson Mandela

Kenyataan Naib Presiden PKR, N. Surendran menyamakan perjuangan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dengan Mendiang Nelson Mandela  baru-baru ini bukan sahaja `jauh panggang dari api’ tapi jelas tidak berpijak di bumi yang nyata.
Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor, Aedi Rizwan Hj Suhaimi berkata, mendiang Nelson Mandela memperjuangkan hak peribumi dan dasar Apartheid berbeza dengan perjuangan Anwar Ibrahim yang berjuang demi cita-cita peribadi.
“Nelson Mandela dipenjarakan 27 tahun kerana menentang penindasan terhadap bangsa kulit hitam dan peribumi. Anwar Ibrahim pula dipenjarakan kerana salah laku dan masalah peribadi beliau.
“Perjuangan kedua mereka jauh berbeza. Nelson Mandela memperjuang hak bangsa manakala Anwar sendiri dalam kedaan rakyat menerima musibah banjir pun dia tak nampak muka bantu rakyat” ujarnya yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor.
anwar-banjir-besar-bencana-ketua-pembangkang-malaysia-usa-amerika-kelantan-johor-pahang-terengganu
Tambahnya, kenyataan ini bukan sahaja seakan-akan mahu `membodek’ Anwar, malahan satu kenyataan kebudak-budakkan yang tidak mempunyai asas kukuh untuk menyamakan antara pejuang rakyat iaitu Nelson Mandela dan pejuang yang mempergunakan rakyat untuk meraih simpati demi merealisasikan perjuangan peribadiny.
Jelas beliau lagi perjuangan Nelson Mandela konsisten dari dahulu walaupun dipenjarakan berbanding Anwar, perjuangan berubah-berubah ketika dalam UMNO dan kerajaan dan ketika di luar UMNO dan tiada jawatan dalam kerajaan.
“Jadi, kalau kita nak samakan perjuangan seperti Nelson Mandela dengan pemimpin tanah air, yang paling layak adalah Dato Onn Jaafar. Ini kerana mereka berdualah yang benar-benar memperjuangkan hak bangsa masing-masing, cuma yang membezakannya, Dato Onn Jaafar tidak dipenjarakan.
“Jadi, rakyat janganlah terkeliru dengan kenyataan-kenyataan tidak berasas ini yang sengaja dibuat untuk mengelirukan rakyat. Jadi, nasihat buat N. Surendran, carilah isu lain kalau nak `membodek’ Anwar Ibrahim kerana rakyat Afrika Selatan menangisi kematian Mandela tetapi di sini, rakyat bersedih kerana sering digunakan oleh pemimpin-pemimpin seperti Anwar Ibrahim untuk memenuhi nafsu dan matlamat peribadinya sendiri.
“Nelson Mandela dipilih sebagai Presiden dengan mendapat sokongon seluruh rakyat Afrika, berbeza dengan Anwar sehingga kini tidak mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia terutamanya sokongan dari orang Melayu dan bumiputera,” tambahnya lagi. -MediaUMNO
beza-anwar-najib-bencana-alam-malaysia-banjir-besar-pantai-timur-pahang-kelantan-johor-pahang-terengganu
anwar-not-nelson-mandela-pru13
anwar-not-mahatma-ghandi-pru13

No comments:

Post a Comment