Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 14 December 2013

Berhentilah berpura-pura... Mesej Zahid pada Mat Sabu

zahidhamidi1xx
Isu Syiah di negara akan ditangani segera bagi memastikan tiada isu keselamatan yang mungkin dicetus penganut fahaman itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sambil menegaskan tidak mahu berkompromi dalam soal keselamatan negara, menteri itu berkata beliau tidak peduli jika ada pihak tertentu terutama pemimpin PAS yang mencemuh atau melempar cacian di atas ketegasannya memerangi Syiah.
"Dalam soal politik kita boleh berbeza pendapat tetapi bab akidah hanya satu iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya tidak akan berkompromi soal keselamatan kerana tidak mahu umat Islam di negara ini berpecah dua.
"Dalam Islam tiada fahaman lain selain sunni," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Anugerah Buku Negara 2013 di PWTC Khamis.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu supaya tidak berpura-pura atau bertaqiyyah setelah disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlibat dengan fahaman Syiah.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi di Putrajaya Khamis bahawa Mohamad cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat yang diterima kementerian.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata KDN mengharamkan penerbitan dan percetakan sebuah buku yang telah diterjemah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia kerana mengandungi fahaman Syiah.
Beliau akan mengeluarkan maklumat mengenai buku itu dalam masa terdekat.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid merasmikan Ekspo Buku 1Malaysia anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara

No comments:

Post a Comment