Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 10 December 2013

Banjir Besar: Anwar Bercuti di Amerika?

Anwar Cuti
Oleh Zul Rawi

Umum mengetahui beberapa negeri telah dilaporkan terjejas teruk ekoran bencana banjir yang melanda. Antara negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor malah ekoran kenaikan air secara mendadak di beberapa tempat, beberapa jalan utama terpaksa ditutup, bekalan elektrik terpaksa dimatikan dan semua mangsa yang terlibat berpindah ke pusat pemindahan.

Namun di sebalik kesibukan itu, kelibat ketua pembangkang, Anwar Ibrahim langsung tidak kelihatan di kawasan yang terlibat dengan bencana. Sudahlah tidak menghulurkan sebarang bantuan, setidak-tidaknya hadir bagi memberikan sokongan moral.

Tambahan pula antara kawasan yang terjejas teruk ialah Kuantan, di mana majoriti pengundi di kawasan terbabit telah memberikan sokongan kepada calon PKR sekali gus memberikan mandat bagi mewakili mereka di dalam Parlimen.

Apabila disiasat, rupa-rupanya Anwar yang pernah berangan ingin menjadi Perdana Menteri itu sedang enak bercuti bersama keluarganya di London. Ia bukanlah merupakan satu fitnah atau sengaja diada-adakan, tetapi dimaklumkan sendiri oleh Anwar melalui akaun media sosialnya di Instigram.

Semalam, Anwar telah memuat-naik sekeping gambar yang memaparkan dia dan anaknya Ihsan sedang berada di dalam sebuah kereta api. Malah Anwar dengan bangganya mengatakan dia sedang dalam perjalanan ke Washington DC. Menarik bukan!!!

Inikah ciri-ciri bakal perdana menteri yang diinginkan oleh semua masyarakat? Ketika rakyat sedang dilanda musibah dia begitu seronok bercuti di luar negara. Sedangkan sebelum ini, ada di kalangan pemimpin pembangkang yang mendesak agar Perhimpunan Agung Umno dibatalkan, bagi membantu mangsa banjir.

Namun apabila diteliti semula, ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana ia adalah lumrah bagi pemimpin pakatan pembangkang. Contohnya apabila negeri Selangor di landa ribut beberapa tahun yang lalu, Menteri Besarnya, Abdul Khalid Ibrahim enggan turun padang bagi meninjau keadaan mangsa ribut kerana merasakan ia satu perbuatan yang membuang masa dan membazirkan wang.

“Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

“Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan,” katanya kepada pemberita ketika itu.

Menurutnya lagi, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

Di dalam kejadian tersebut, dianggarkan hampir 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa ribut yang memusnahkan kediaman dan harta benda mereka.

Berbalik kepada isu banjir besar yang sedang berlaku ketika ini, ketika puluhan ribu rakyat Kuantan terpaksa dihantar ke pusat-pusat pemindahan, ahli Parlimennya, Fuziah Salleh langsung tidak kelihatan.

Namun apabila ramai yang mula mempersoalkan peranannya sebagai wakil rakyat, baru-barulah kelihatan beberapa keping gambar yang dimuatkan di laman-laman media sosial, kononnya bagi membuktikan kehadirannya membantu mangsa. Para pencacai pakatan pembangkang, mungkin merasakan ianya sebagai cara untuk menangkis tuduhan masyarakat Kuantan yang hairan dengan ‘kehilangan’ Fuziah.

Tetapi, bak kata pepatah, “bangkai gajah, masakan dapat ditutup dengan sehelai daun pisang”. Kebanyakan gambar-gambar yang dimuat naik lebih banyak memaparkan aksi Fuziah bergaya ala ‘super model’ berbanding membantu mangsa banjir. Ini kerana dia mungkin merasakan sebagai wakil rakyat, aktiviti bergambar dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.

Nampaknya benarlah seperti kata Khalid Ibrahim, sesetengah ahli politik lebih suka ‘bergaya’ dengan cara begini. Jelasnya, perbuatan turun padang tidak akan memberi sebarang kesan terhadap moral mangsa ribut dan menganggap ia sebagai konsep yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Orang yang berada dalam kecemasan bukan mahu sokongan moral, dia mahukan pertolongan. Namun, sesetengah ahli politik suka ‘bergaya’ dengan cara begini tetapi saya bukan orang seperti mereka,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment