Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 17 September 2013

Tindakan Khalid dangkal, buta sejarah

  • Tindakan Khalid dangkal, buta sejarahKenyataan Khalid dalam Twitternya yang sanjung Chin Peng
 1 / 1 
SHAH ALAM - Tindakan aktivis sosial, Khalid Mohd Ismath mengangkat ‘perjuangan’ bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng seperti menderhaka kepada negara.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, sepatutnya Khalid berfikir secara matang dan jangan bersikap buta sejarah.

“Kalau ini pemikiran Khalid, kita amat dukacita kerana begitu dangkal sekali. Tindakannya itu menunjukkan beliau sebenarnya buta sejarah.

“Kalau Chin Peng dikatakan pejuang, tidak nampak kesahihannya, ini menunjukkan kedangkalan pemikiran beliau,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, beliau percaya pendirian Khalid itu hanya mewakili dirinya sendiri tanpa ada orang lain yang akan mengikutnya.

“Apa yang ditulisnya dalam laman Twitter itu tidak akan menarik perhatian kerana beliau seperti tidak tahu sejarah.

“Kita jelas tolak Chin Peng sebagai pejuang, jadi kita harap Khalid boleh kembali ke sekolah belajar balik sejarah,” ujarnya.

Semalam, Khalid memuat turun status dalam laman Twitternya yang mengangkat ‘perjuangan’ Chin Peng sebagai berkata ‘jasanya membuka jalan kemerdekaan di Malaysia tidak akan dilupakan’.

No comments:

Post a Comment