Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 18 September 2013

Sekali lagi isu kerjasama UMNO-PAS bergema...

najib-nikxx513
Rasanya sudah boleh agak apa nanti reaksi kalangan pemimpin PAS mendengar kenyataan ini bergema semula.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mungkin cukup sedar mengenai hal itu bila beliau sekali lagi bercakap mengenai kerjasama UMNO dan PAS demi kekuatan orang Melayu dan umat Islam negara ini.
Apapun Timbalan Perdana Menteri bukan sengaja hendak 'memancing' tetapi inilah pendirian konsisten beliau ketika menjawab soalan yang dibangkitkan pelajar mengenai perpaduan umat Islam dalam sesi dialog di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak , Selasa.
Selain Muhyiddin,pendirian sama sudah beberapa kali dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak serta beberapa pemimpin tertinggi UMNO.
Beliau menegaskan demi kebaikan bangsa Melayu dan umat Islam, UMNO terbuka untuk bekerjasama dengan PAS.
"Bagi UMNO, tiada masalah di pihak kami terhadap saranan PAS dan UMNO bekerjasama demi kebaikan umat Islam ini," katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata kerjasama antara kedua-dua pihak itu sebenarnya telah disarankan banyak pemimpin Islam.
"Ini sesuatu yang perlu kita teliti (kerana), banyak gesaan dari kalangan pemimpin politik Islam yang mahu melihat kenapa tidak UMNO dan PAS bekerjasama untuk manfaat umat Islam.
Beliau juga mengakui pentingnya bagi sesebuah negara Islam untuk bersatu kerana mereka masih berdepan dengan banyak cabaran.
Muhyiddin berkata persefahaman antara kedua-dua parti dari segi dasarnya boleh menyatukan orang Melayu dan umat Islam ke tahap yang kebanyakan orang ingin saksikan.
"Untuk bekerjasama sebagai satu pasukan, kita perlu memahami satu sama lain, banyak benda yang perlu dilakukan, tetapi jika berjaya, banyak lagi yang boleh dilaksanakan," katanya.
Muhyiddin berkata banyak yang telah dilakukan untuk orang Melayu atau umat Islam dan berkembang maju, tetapi beliau bersetuju, ia masih belum mencapai tahap sebenar yang diinginkan kerajaan.
"Sebab itu kenapa kita bercakap mengenai kestabilan politik untuk maju lagi. Perasaan tidak selamat, (dan) ketidakstabilan tidak baik untuk negara, dan kita perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah kita," katanya.
Kebelakangan ini apa yang dikesalkan oleh banyak pihak ialah sikap kalangan pemimpin PAS yang cuba mengambarkan seolah UMNO ' hidung tak mancung pipi tersorong-sorong' membangkitkan harapan itu.
Sekalipun ramai pihak sedar orang Melayu dan umat Islam Islam negara ini lebih kuat dalam menghadapi pelbagai cabaran jika kedua pihak bersatu,namun kalangan pemimpin PAS terus memperlekehkannya.
Anihnya mereka merasa seolah merasa diri sudah kuat dalam Pakatan Rakyat sedangkan bukan rahsia lagi DAP khususnya tidak dapat menerima impian pokok PAS nak tubuh negara Islam.
PKR pula dilihat mengambil jalan selamat dalam beberapa kontroversi melibatkan PAS-DAP kerana takut undi bukan Melayu lari.

No comments:

Post a Comment