Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 4 September 2013

Mustapa : Rakyat Diminta Bersabar Kenaikan Harga Minyak

alt
 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta rakyat supaya bersabar dan memahami bahawa tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bertujuan mengelak kesan yang lebih buruk atau "meletup" pada masa depan.
 
"Rakyat kena bersabar dan faham apa yang kita buat, semuanya semata-mata untuk kebaikan rakyat dan kerajaan. Kalau kita teruskan (subsidi), akan bagi kesan yang lebih serius kepada negara," katanya.
 
Beliau berkata, kerajaan memberi subsidi untuk barangan keperluan seperti tepung, minyak masak, tong gas dan sebagainya, namun kerajaan mesti mengawal defisit yang boleh menjejaskan penarafan kredit Malaysia.
 
"Apabila defisit kita bertambah, penarafan kita menurun, persepsi negara negatif, dan ini akan menjejas pelaburan masa depan dan menyusahkan cucu-cicit kita," kata Mustapa pada sidang media selepas perbincangan dengan peserta pameran Malaysia pada Ekspo China-Asean ke-10 (CAEXPO).
 
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa pada Selasa.
 
Mustapa berharap tindakan mengurangkan subsidi ini tidak memberi kesan yang terlalu besar kepada rakyat.
 
"Kita akan mengurangkannya secara perlahan-lahan," katanya.
 
Beliau berkata, kerajaan membelanjakan RM20 bilion setahun ke atas subsidi minyak dan gas, yang merupakan angka yang besar.
 
"Kita bukannya tak boleh beri subsidi... kerajaan akan terus bagi subsidi, namun jumlahnya kena dikawal," katanya.
 
Pada Julai, agensi penarafan dunia Fitch Ratings menyemak unjuran penarafan kredit Malaysia daripada stabil kepada negatif.- Bernama

No comments:

Post a Comment