Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 4 September 2013

Kerajaan akan umum langkah kurangkan beban kumpulan berpendapatan sederhana

irwanseriger
Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah untuk mengurangkan beban kumpulan berpendapatan rendah dalam Belanjawan 2014.

Ini dilakukan berikutan peningkatan harga petrol, yang diumumkan semalam, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (gambar).
"Dalam perancangan kerajaan, bila kita umum bajet, kita bercadang meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
"Kita juga akan buat sesuatu untuk golongan berpendapatan pertengahan, kerana mereka juga komplen, mereka juga merasai tekanan dari segi kos sara hidup," katanya.
Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji usaha untuk membantu kumpulan rakyat berpendapatan pertengahan.
"Ia (usaha itu) akan diumumkan dalam Belanjawan. Biarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memperkenalkan langkah-langkah itu.
"Kita sedang mengkaji semua aspek untuk kumpulan berpendapatan pertengahan, Yang boleh dalam apa sahaja bentuk, memberi bantuan atau apa sahaja. Kami sudah pun mengkajinya," katanya.


Mengenai peningkatan harga RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen, Mohd Irwan berkata setiap tahun kerajaan membelanjakan RN24.8 bilion untuk subsidi petrol, yang adalah jumlah besar yang boleh digunakan untuk meningkatkan bantuan kebajikan rakyat, pembangunan infrastruktur dan sebagainya.
"Oleh sebab subsidi ini bukan sahaja dinikmati oleh golongan miskin, malah kebanyakan yang mendapat untung daripada subsidi ini ialah golongan kaya kerana golongan kayalah yang mempunyai kereta yang banyak, kereta dengan enjin berkapasiti tinggi.
"Tambahan pula, warga asing pun mendapat manfaat daripada subsidi ini dan juga aktiviti penyeludupan.
"Jadi kita terpaksalah menaikkan harga supaya wang subsidi penjimatan boleh disalurkan kepada golongan yang lebih memerlukan, golongan miskin dan berpendapatan rendah dan untuk meningkatkan taraf hidup mereka," katanya

No comments:

Post a Comment