Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 11 September 2013

Anwar Ibrahim memang begitu...

  • Idris Jusoh
 1 / 1 
SHAH ALAM –  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak pernah sealiran mahupun setuju dengan usaha kerajaan, walaupun ia usaha baik, termasuk dalam usaha menambah baik sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, tidak hairanlah jika langkah kerajaan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM menjelang 2016 turut mendapat bantahan ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

“Anwar Ibrahim ini tahu pertikai sahaja, dulu kita hendak mengadakan kerajaan perpaduan, dia pun pertikaikan juga, dia kata hendak cabar Perlembagaan. Hendak cabar keputusan PRU13.

“Sikapnya memang begitu, apa juga dia hendak cabar, dia patut terima (cadangan BN).

“Insya-ALLAH apa juga program yang sedang dilaksanakan oleh kementerian, kita akan pastikan ia mencapai objektifnya,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas program Bicara Minda yang bertajuk, 'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini semalam.

Anwar Sabtu lalu mempersoalkan sama ada pelajar Malaysia telah bersedia untuk menerima Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib dalam SPM menjelang 2016.

Anwar juga berkata, kerajaan sepatutnya melihat cara-cara untuk meningkatkan kualiti guru-guru Bahasa Inggeris, serta infrastruktur pembelajaran seperti perpustakaan, sebelum melaksanakan langkah sedemikian.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai dakwaan sesetangah pihak mengatakan PPPM akan meminggirkan hak pendidikan kaum Melayu di negara ini, Idris menafikan perkara tersebut.

Beliau menegaskan pelan komprehensif itu dibentuk hasil daripada maklumat yang diterima daripada pelbagai pihak merangkumi lebih 55,000 rakyat Malaysia.

“Mana ada, kita ambil pandangan dari blog, pakar dalam negara dan luar negara.

“Apa juga kita buat, akan ada komen, walau bagaimanapun kita akan terus melaksanakan pelan PPPM ini kerana ia merupakan pelan yang komprehensif,” katanya lagi.

Dong Zong sebelum ini membantah PPPM dan mendakwa ia usaha untuk menghakis bahasa Cina.

No comments:

Post a Comment