Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 1 August 2013

Tragedi Lahad Datu: Risikan lemah atau terlalu lama rundingan?

lahad-mayat-siminul2xxx
Ada pihak menunding jari mendakwa risikan pihak berkuasa lemah dan tempoh perundingan selama tiga minggu dianggap terlalu lama sebelum pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu pada Februari lalu ditumpaskan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, faktor demografi, sejarah perhubungan masyarakat Pantai Timur Sabah dengan Selatan Filipina patut difahami sebelum mana-mana pihak mendakwa risikan pihak keselamatan lemah hingga berlaku pencerobohan.
“Kita tak kata risikan lemah, kita kena faham soal demografi di sana.
Selain itu, penduduk Sabah dan Filipina bergerak seperti biasa antara dua negara macam juga penduduk Kelantan dengan selatan Thailand...mereka ada hubungan kekeluargaan,”
“Apa yang berlaku sebenarnya kejutan dan kita tidak sangka jadi demikian,” katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin selesai sambutan Hari Pahlawan, di Dataran Merdeka, Rabu.
Selain itu katanya, tiada kesilapan tempoh rundingan sehingga tiga minggu sebelum tindakan ofensif terhadap pengganas Sulu dalam Ops Daulat.
“Itu pendekatan dan budaya kita dalam selesaikan masalah. Lihat peristiwa di Sauk (Perak) dan tragedi Memali (Kedah). Semuanya bermula dengan rundingan dan perbincangan,” ujar Khalid.
Katanya, ini bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah atau kerosakkan harta benda.“Pendekatan kita berunding dulu. Kalau gagal baru tindakan diambil,”tegas beliau.
Dalam tempoh perundingan, Zulkifeli pula berkata, angkatan tentera membuat kajian sikap terhadap penduduk pantai timur Sabah berketurunan Sulu mengenai tindakan pencerobohan askar-askar Sulu dari Filipina itu.
“Kita dapati mereka juga tidak bersetuju dengan pencerobohan tersebut apatah lagi kumpulan pengganas itu memulakan serangan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau dan Khalid bersetuju antara pelajaran diperolehi daripada insiden di Lahad Datu itu, kolobrasi ATM dan PDRM berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan mengembalikan kedaulatan negara.
Menjawab soalan mengenai dakwaan pembabitan tiga pemimpin pembangkang disebalik isu Lahad Datu, Khalid menegaskan, siasatan mengenainya masih berjalan.
“Dah lengkap kita akan umum apa tindakan. Siasatan polis tiada full stop. Kita akan terus kumpul bahan-bahan sehingga lengkap. Sudah cukup siap sedia, kita akan bawa mereka ke mahkamah. Jadi bersabar. Kalau perlu panggil, kita akan panggil,” katanya.
Sementara itu, ATM melalui Op Sanggah meningkatkan aset di perairan pantai timur Sabah menjelang sambutan Aidilfitri kali ini untuk menghadapi sebarang ancaman di musim perayaan.
"Di lautan banyak melibatkan kapal dan aktiviti maritim, jadi kita perlu bersiap sedia dalam menghadapi sebarang situasi," katanya Zulkifeli.
Beliau menarik perhatian bahawa pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta pesawat peronda maritim sememangnya membuat tinjauan bagi memastikan keselamatan perairan negara terjamin.
Insiden pencerobohan bersenjata pengganas mulai 12 Feb lalu itu mengorbankan 10 anggota keselamatan negara.
Justeru itu, sambutan Hari Pahlawan pada Rabu berkisar kepada tragedi tersebut dengan pentomen khas babitkan ATM dan PDRM bagi mengimbau kembali pencerobohan pengganas-pengganas terbabit.

No comments:

Post a Comment