MELAKA - Status sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah tidak dijadikan tiket kepada Mas Ermieyati Samsudin untuk menang sebagai Ketua Puteri Umno pada pemilihan parti tidak lama lagi.
Mas Ermieyati atau lebih dikenali sebagai Emy, 37, yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri sebaliknya berkata, pengalamannya selama 11 tahun di dalam parti sayap dijadikan kayu pengukur untuk bertanding merebut jawatan yang disandang Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
"Saya pernah berada di bawah tiga kepimpinan berbeza, Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Rosnah. Berdasarkan pengalaman serta ilmu yang sedikit ini, saya rasa patut dipertimbangkan ahli untuk menyokong saya bagi memenangi jawatan yang kini telah kosong.
“Bagaimanapun, saya tidak menganggap jawatan ahli parlimen sebagai kelebihan untuk menang, malah saya perlu bekerja keras dan berusaha lebih bagi mendapatkan sokongan,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, semalam.
Emy yang kini menyandang jawatan Ketua Puteri Umno Melaka berkata, keputusannya untuk bertanding dibuat selepas bertemu dengan pimpinan tertinggi setiap peringkat bagi mendapatkan pandangan.
“Saya sudah bertemu pengerusi Umno negeri, ketua menteri, ketua bahagian, malah Datuk Rosnah sendiri. Selepas mereka berikan respons positif, barulah saya memutuskan untuk bertanding," katanya.
Beliau yang dijangka bersaing dengan Ketua Puteri Umno Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman turut memilih bertanding secara sihat.
“Saya melihat pencabar saya sama. Dia mempunyai kelebihannya sendiri, begitu juga saya. Malah, dalam pertemuannya dengan beliau baru-baru ini, kami turut bersetuju untuk bersaing secara sihat,” katanya. - SH

No comments:
Post a Comment