Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday 12 July 2013

Suasana PRK DUN Kuala Besut


"Walaupun nama saya bermula dengan Tengku, saya pun orang biasa juga...saya sudah biasa bersama penduduk di Kuala Besut," kata Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman 


 TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjabat tangan dengan calon Barisan Nasional (BN) N01 Kuala Besut, Tengku Zihan Che Ku Abdul Rahman, 37 pada Majlis Pengumuman Calon BN di Dataran Kuala Besut, IPD Besut, Terengganu

BENDERA Barisan Nasional mula menghiasi pondok nelayan di Jeti Kuala Besut menjelang PRK DUN Kuala Besut bermula 12 Julai ini

 CALON BN DUN Kuala Besut, Tengku Zihan Che Ku Abdul Rahman, 37 mencium anak sulongnya, Tengku Zawani Afifi Tengku Zihan, 10, dan anak keduanya Tengku Zawati Afini Tengku Zihan, 8 (Kanan) dan sambil di perhatikan oleh isterinya, Siti Salbiah Othman, 34 (Dua kanan) ketika menghatar anak dan isterinya ke Sekolah Kebangsaan Kuala Besut (II)


 CALON BN DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman beramah mesra dengan bekas ADUN Kuala Besut, Datuk Wan Zakaria Abd Rahman (tengah) dan Abdullah Che Muda (kanan) di Kampung Bharu, di sini

PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan terakhir di Pusat Penamaan Calon N01 Kuala Besut

TIMBALAN Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tengah) melawat Pusat Penamaan Calon N.01 Kuala Besut di Dewan Serbaguna, Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, semalam. 

SUASANA di pintu masuk ke Pusat Penamaan Calon N01 Kuala Besut masih terkawal, jam 7.20 pagi tadi.

PENYOKONG PAS diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula berarak dari persimpangan Jalan Tembila menuju ke pusat penamaan calon


 CALON PAS, Azlan @ Endut Jusoh menyerahkan borang kepada Pengarah Pilihan Raya N01 Kuala Besut, A Rahim Jusoh ketika proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, pagi ini


MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (kanan) bersama calon BN DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (tiga kiri) dan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh (dua dari kanan) berbuka puasa bersama penduduk di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Kuala Besut, Terengganu


PENYOKONG PAS diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula berarak dari persimpangan Jalan Tembila menuju ke pusat penamaan calon, sebentar tadi.

CALON PAS, Azlan @ Endut Jusoh menyerahkan borang kepada Pengarah Pilihan Raya N01 Kuala Besut, A Rahim Jusoh ketika proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, pagi ini.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menyerahkan borang kepada Pengarah Pilihan Raya N01 Kuala Besut, A Rahim Jusoh ketika proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, pagi ini.




No comments:

Post a Comment