Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 11 July 2013

Pas dibayangi Dr A Rahman

Mohd Abdul Wahid
Mohd Abdul Wahid


BESUT – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mengakui, sukar mencari pengganti seperti penyandang kerusi Dun Kuala Besut sebelum ini, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar.

Memuji keperibadian A Rahman dengan menganggap sukar ditandingi, beliau mgambarkan keadaan itu pengaruhi Pas meletakkan calon mempunyai ciri-ciri mudah didekati sebagaimana dimiliki A Rahman.

Sehubungan itu, dengan keputusan meletakkan calon Pas, Endot@Azlan Yusof, 48, beliau yakin calon diketengahkan parti itu tepat kerana mempunyai sikap mesra yang diingini rakyat.

“Hendak cari pengganti arwah Dr A Rahman agak sukar tetapi bagi kita, kita telah teliti dan cari calon yang insya ALLAH memenuhi ciri-ciri tersebut untuk kita kemukakan kepada rakyat di Kuala Besut agar mereka senang dengan calon ‘mudoh kiro, senang baso’ ini. Senang bila-bila masa boleh pergi ke rumah dia. Inilah ciri-ciri yang hendak kita kemukakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Ceramah Perisytiharan Calon Pas di Kampung Nail, Kuala Besut, malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Mohd Abdul Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelam berharap Endot mampu mengulangi semula kejayaan Pas dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 2009.

Beliau berkata, perkara sama berlaku di kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila Allahyarham Datuk Razali Ismail ketika itu dilihat sukar dicari ganti di kalangan pemimpin BN, tetapi berjaya diisi oleh beliau yang merupakan calon Pas pada PRK itu.

Dalam masa sama, beliau berharap bulan Ramadan tidak melemahkan semangat jentera parti turun melakukan gerak kerja secara lebih proaktif untuk memenangkan calon Pas.

No comments:

Post a Comment