PADA saat artikel ini ditulis, proses pengundian awal melibatkan 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 pegawai polis sedang di jalankan di Dewan Serba Guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak sejak jam 8 pagi tadi.
Setakat ini tidak ada lagi anggota/pegawai tentera yang diseret ke balai polis oleh pemimpin pembangkang kerana dakwat kekal boleh dicuci dan sebagainya seperti pada PRU13 yang lepas, tapi petang nanti, besok tak tahu lagi tapi penulis akan memberikan perkembangan terbaru kalau ia wujud.
Apa pun, keadaan ini mungkin disebabkan pembangkang sudah tahu sekarang bahawa isu berkaitan penggunaan dakwat kekal itu tidak ada akan menjejaskan keputusan pengundian walaupun bila dibawa ke Mahkamah. Dakwat ini hanya SALAH SATU dari beberapa kaedah untuk mengelak pengundi membuang undi 2 kali, masih ada lagi cara lain yang boleh digunakan untuk mengesan perkara tersebut.
Tapi penulis masih berpendapat pembangkang tidak akan biar keadaan aman ini berterusan. Pasti ada ruang untuk mereka melakukan kekecohan dan mendakwa proses pengundian ini tidak adil dan sebagainya.
Alangkah kerusi yang dia menang pun dia kata prosesnya tidak adil sehingga nak dibatalkan keseluruhan keputusan PRU13, apatah lagi dikawasan yang dulu mereka kalah.
Kalau tidak ada kekecohan pun, kita masih ada modal untuk membelasah pembangkang.
Sebab ia menunjukkan proses penambahbaikan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam soal penggunaan dakwat kekal ini telah mula menampakkan kesan. Kita perlu ingat, guna dakwat ini adalah cadangan pembangkang juga dan tidak adil menilai keberkesannannya dari hanya dari satu proses pilihanraya.
Apa pun penulis harap menjelang 24 Julai depan, semuanya akan berjalan dengan lancar dan kemenangan akan memihak kepada pihak yang layak, BN. Mood rakyat disini pun nampaknya begitu baik sekali terhadap calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang mengatasi calon PAS, Endut@Azlan Yusof dari segala segi, kecuali kekayaan hasil dari menjadi kroni PAS (walaupun belajar bodoh).
Tak apalah kalau tak kaya, yang penting bila menjadi wakil rakyat nanti, calon BN ini akan mengabdikan sepenuh masanya kepada permasalah penduduk Kuala Besut, bukan serah pada orang lain untuk selesaikan masalah itu - macam yang dicadang untuk dibuat calon PAS.
Lagipun kaya dengan menjadi kroni PAS ini bukan tahan lama mana sangat, akan sampai masa bila PAS hilang kuasa, kekayaan itupun akan lenyap bersamanya. Masa itu barulah kita tahu kaya sebab pandai meniaga ke atau kaya sebab bergantung kepada hubungan baik dengan pemimpin-pemimpin PAS tertentu.
Masa itu baru tahu pendidikan penting atau tidak.
No comments:
Post a Comment