Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 14 June 2013

Mereka boikot... saya juga boleh boikot - Yang Dipertua Dewan Rakyat

pandikar513
Selama ini sikap pembangkang sentiasa macam beraja di mata, bersultan di hati. Mereka saja betul dan boleh buat itu ini. Orang lain tak boleh. Dalam erti kata lain, semua pihak terutama kerajaan mesti dengar cakap mereka.
Sebelum ini SPR dipersalahkan  apabila keputusan PRU 13 tidak memihak kepada mereka.
Pembangkang adakan blackout 505 dan merancang mahu boikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen pada 24 Jun ini.
Peliknya, hanya wakil rakyat dari PKR saja mahu boikot tetapi wakil rakyat dari DAP dan PAS menyatakan kesediaan menghadiri majlis tersebut.
Jadi jika wakil rakyat dari PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang nak boikot, jangan pula mereka fikir orang lain tak boleh berbuat demikian.
Ini betul-betul jadi buku bertemu ruas apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan, beliau dan timbalannya
juga boleh boikot jika ada wakil rakyat yang mahu angkat sumpah selepas 24 jun.

Menurut beliau, kehadiran hari pertama pada sesi Parlimen adalah penting kerana mengikut peraturan mesyuarat, akan diadakan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau Speaker.
"Jika mereka tidak mengikut peraturan pertama, bagaimana mahu yang seterusnya? Alasan memboikot tidak boleh diterima sama sekali.
"Menurut Akta  59, mana-mana ahli Parlimen tidak mengangkat sumpah pada hari pertama dan dalam tempoh enam bulan, kelayakkan mereka sebagai ahli Parlimen gugur  secara automatik," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis taklimat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-13, pagi Selasa.
Pandikar Amin berkata, ahli Parlimen yang gagal hadir pada hari pertama tanpa alasan munasabah dianggap sebagai menghina sistem demokrasi, institusi Parlimen dan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
"Kalau mereka mahu buat begitu (boikot), barangkali saya sebagai speaker, saya juga mungkin boleh boikot waktu mereka mengangkat sumpah pada hari berlainan.
"Kalau (MP) boleh boikot sistem demokrasi, saya juga sebagai speaker barangkali mungkin saya membuat pendirian saya akan boikot, pada hari mereka mengangkat sumpah.
"Jadi timbalan-timbalan saya juga akan boikot. Tidakkah begitu jadinya?," katanya dengan nada berseloroh.
Menurutnya, hanya Ahli Parlimen yang ada masalah kesihatan atau alasan munasabah boleh dikecualikan dari majlis angkat sumpah tersebut.
"Jika anda tidak (angkat sumpah), anda memperolokkan peraturan anda sendiri sebagai wakil rakyat, mempersendakan Parlimen, undang-undang dan Yang di-Pertuan Agong.
“Kalau adapun yang sakit, tak kan sampai 89 orang,” katanya sambil menasihati semua wakil rakyat hadir ke majlis tersebut.
Pada majlis taklimat itu, hanya seorang seorang ahli Parlimen DAP kawasan Bakri, Er Teck Hwa  yang hadir ke sesi taklimat daripada 89 ahli parlimen pembangkang.
Beliau menjelaskan kehadirannya adalah untuk mengetahui peraturan-peraturan baru bagi ahli Parlimen pada sesi kali ini.
Mengulas perkara  itu, Pandikar Amin berkata, "Kita mengamalkan demokrasi. Orang yang datang, datang. Yang tidak datang, tidak datang.
"Ini  adalah untuk ahli parlimen yang baru. Bagi yang senior, mereka akan hadir jika mereka menghormati tempat di mana mereka bekerja. Tetapi kita faham yang ada sesetengah daripada mereka mempunyai alasan kenapa mereka tidak datang,".
Menurut Pandikar Amin, kehadiran pada majlis taklimat ini bukanlah suatu yang diwajibkan

No comments:

Post a Comment