Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday, 29 June 2013

Rosnah lepas jawatan Ketua Puteri

Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


SHAH ALAM - Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dijangka melepaskan jawatan ketua sayap Umno tersebut pada pemilihan parti hujung tahun ini.
Rosnah, yang memegang jawatan tersebut sejak 2008, berbuat demikian kerana usianya sudah melepasi had kelayakan jawatan Puteri Umno yang menetapkan umur antara 18 dan 35 tahun sebagai ahli.


“Saya juga tidak akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini untuk sebarang jawatan kerana saya belum membuat sebarang keputusan,” katanya.



Pemilihan Umno hujung tahun ini dijangka sengit apabila kelayakan bertanding dipermudahkan dan ia terbuka kepada lebih ramai ahli.



Pindaan Perlembagaan Umno pada 2009 menyaksikan jumlah ahli yang boleh mengundi bagi menentukan pucuk pimpinan tertinggi meningkat kepada kira-kira 150,000 orang berbanding hanya sekitar 2,500 orang pada pemilihan sebelum ini.



Mereka juga akan memilih secara langsung pimpinan bahagian masing-masing, sekali gus menghapuskan sistem kuota yang membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli untuk bertanding dengan syarat minimum bagi mana-mana jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno iaitu pernah memegang jawatan Ahli MT atau ahli jawatankuasa bahagian selama satu penggal.

Sumber : Sinar Harian

Thursday, 27 June 2013

Cina Minta Hentikan Himpunan ‘Black’, Mengajak Pada Perubahan


Selaras dengan angkat sumpah Ketua Pembangkang di Parlimen, akhbar China Press 20hb Jun lalu turut meminta pembangkang menghentikan siri himpunan hitam.

Himpunan hitam, iaitu ‘Black505’ atau sebelum itu diberi nama ‘Blackout’ pada mulanya dijuarai oleh kaum Cina.  Dalam beberapa siri awal himpunan tersebut, lebih 90% peserta merupakan dari kaum mereka yang terkinja-kinja menjaja cerita penipuan SPR melalui kejadian ‘blackout’ ketika proses pengundian dalam PRU-13 lalu.  Sempena dengan itu juga hampir 70% dari kaum Cina menghitamkan gambar profil di laman sosial mereka.   Saban hari pula ada saja himpunan-himpunan kecil anak-anak muda Cina memakai baju hitam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi meneruskan momentum himpunan tersebut.

PAS, pada awalnya pula menolak himpunan tersebut dan membuat kenyataan enggan terlibat dalam sebarang anarki.   Namun, di kemuncak himpunan hitam iaitu pada Sabtu lepas, kaum Cina memilih untuk bersantai bersama keluarga di rumah dan membiarkan segelintir Melayu PKR dan PAS menyelesaikan apa yang telah dimulakan mereka.  Akibat penarikan diri kaum Cina itu, maka himpunan yang dirancang menjadi yang paling hebat hanya menampilkan lebih kurang 9,500 orang.  Itupun sebahagian besar dari mereka mengadu bosan!

Mungkin telah meramalkan bahawa himpunan kemuncak itu tidak akan berjaya, maka China Press terlebih dahulu mengambil sikap seolah-olah kaum Cina tidak terlibat langsung dengan himpunan hitam.  Malah akhbar itu mempersoalkan pula tindakan Tun Mahathir membangkitkan soal nisbah kaum dalam siri-siri awal himpunan hitam – konon merupakan sesuatu yang tidak relevan.

Akhbar Sin Chew pada 21 Jun pula terus menyalahkan UMNO kerana ‘tidak dapat menerima kenapa kaum Cina menyokong pembangkang’ dan ‘tidak dapat menyelami pemikiran orang muda’.

Kita ingin bertanya Sin Chew, ‘orang muda’ yang mana?  Yang berhimpun dalam siri himpunan Blackout yang membenci Melayu, menghina Raja-raja tetapi berlindung di sebalik tuduhan SPR penipu, atau yang berhimpun dalam himpunan Black505 berguling bergolek dan cuba merempuh parlimen?

Jika pemikiran orang-orang muda ini yang Sin Chew ingin kita selami, maka kita akan menghadapi kesukaran kerana mereka tidak tahu berfikir.  Jika mereka tahu berfikir tentu sekali mereka tidak akan melaungkan undi popular di dalam negara yang menggunakan sistem majoriti kerusi.  Dan tentu sekali mereka tidak akan menjerit demokrasi telah mati bagi menafikan keputusan demokrasi.  Negara pasti hancur jika cakap sampah-sarap ini dijadikan rujukan.

Apapun, jika dilihat dari tajuk kedua-dua artikel di akhbar Cina ini, iaitu mendesak agar himpunan hitam dihentikan serta menyeru kepada perubahan, tampak seolah-olah niatnya murni sekali.

Namun, setelah membaca kedua-dua artikel tersebut, apa yang jelas hanyalah sikap hipokrit dan pentingkan diri selain kiasu dan enggan mengaku salah.  Kaum Cina nampaknya sedang berusaha menutup hakikat bahawa mereka mengundi pada PRU-13 lalu adalah atas dasar perkauman.  Di samping itu akhbar tersebut juga cuba mendesak semua pihak menerima bahawa sikap perkauman mereka adalah wajar.  Di masa yang sama juga, mereka terus menerus mempertikai semangat membela bangsa Melayu yang dipegang oleh UMNO.

Kaum Cina tidak dapat lagi mempertahankan hujah konon mereka mengundi atas dasar kredibiliti, ketelusan dan kepertanggungjawaban kerana parti yang mereka undi iaitu DAP, sudah terbukti sebagai langsung tidak mempunyai semua ciri-ciri itu sehinggakan pemilihan parti sendiri juga dijalankan dengan cara yang begitu kotor lagi samseng.

Hari ini, rata-rata bekas pemimpin DAP bangun membongkar dan mendedahkan sikap DAP itu.  Maka, secara automatic parti DAP, akhbar-akhbar Cina dan masyarakat Cina yang menolak BN sudah tidak layak lagi bercakap tentang apa-apa jua nilai-nilai murni.

Berdasarkan hakikat ini, kita ingin menyeru akhbar-akhbar Cina agar membuang keangkuhan dan hipokrasi.   Tulislah dengan niat untuk memperbaiki keadaan bukan untuk kepentingan kaum sendiri.   Belajarlah merendah diri sedikit kerana keangkuhan hanya melambangkan kebodohan.  Sesungguhnya, hanya mereka yang bodoh yang tidak sedar bahawa mereka telah kalah, terkantoi, terdedah dan ingin terus menipu.  Nasihat kita, cukup-cukuplah menipu diri sendiri.

Apa salahnya berganding bahu dengan kerajaan menyatukan semua rakyat.  Lagipun, seluruh dunia boleh menjadi saksi bahawa kaum Cina tidak pernah ditindas di negara ini.  Jika ini tidak benar, tentulah akhbar Sin Chew dan China Press tidak akan wujud sama sekali…

Wednesday, 26 June 2013

Al-Fatihah, Dr. Abdul Rahman Mokhtar kembali ke rahmatullah, pagi tadi

Kedudukan DUN Terengganu umpama keputusan seri permainan badminton. PR (16) - (16) BN.

pil-poster513 
Al-Fatihah...takdir menentukan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Besut,Terengganu Dr Abdul Rahman Mokthar,55 meninggal dunia kerana sakit kanser paru-paru pada 10.18 pagi ini.

Allahyarham yang juga seorang ahli Exco Kerajaan Negeri meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.

Ahli Parlimen Besut yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut Datuk Seri Idis Jusoh mengesahkan mengenai kematian Dr Rahman.

adun-drrahman
Semasa pilihanraya umum ke 13 baru ini Allahyarham menewaskan calon PAS, Napisah Ismail.

Beliau mendapat 8,809 undi manakala Napisah 6,375 undi.Majoriti 2,434 undi.

Jumlah pengundi kawasan berkenaan ialah seramai 17,679.

Berikutan kematian Allahyarham satu pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari sekarang.

Tuesday, 25 June 2013

Speaker: Cadangan PR ditolak




Cadangan PR untuk menamakan calon Timbalan Speaker tidak diterima Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila mereka gagal ikut peraturan 6(2).

Peraturan tersebut memerlukan setiap parti mengisi borang cadangan dan diserahkan 14 hari sebelum Dewan mula bersidang.

Oleh yang demikian, calon yang dicadangkan BN iaitu Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.

Keputusan itu diumumkan selepas semua Ahli Parlimen selesai mengangkat sumpah.

"Saya tidak boleh menerima cadangan PR kerana gagal mengikut peraturan. Saya juga tidak melonggarkan peraturan mesyuarat kerana kegagalan anda berbuat demikian.

"Kalau anda (PR) tidak puas hati, mengapa tidak fail notis cadangan kepada pejabat Speaker 14 hari sebelum persidangan hari ini," katanya.

Kiandee dan Ismail merupakan dua nama yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam surat bertarikh 6 Jun kepada pejabat Speaker. Ini merupakan penggal kedua
Kiandee dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Manakala, pelantikan Ismail yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengisi kekosongan satu lagi jawatan selepas Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Monday, 24 June 2013

Najib-Muhyiddin-Anwar....macam tak ada hal

parlimen-najib-anwar1
Kalau tengok gambar ini, mungkin ramai yang tak sangka sejam setengah sebelum ini berlaku 'tembak-menembak' antara Ahli Parlimen pembangkang dengan Barisan Nasional yang meriuhkan majlis istiadat angkat sumpah mereka semasa sidang hari pertama Dewan Rakyat pertama selepas PRU13, pagi Isnin.
Riuh hanya dalam ruang dewan saja, sebab lepas itu, masing-masing boleh gelak ketawa, bertepuk tampar di luar.
Gambar candid menarik aksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Anwar Ibrahim ini dirakam sejurus tamat majlis angkat sumpah dan sidang hari pertama ditangguhkan.

Najib dan Muhyiddin jelas menunjukkan sifat gentleman mereka dalam situasi ini.

parlimen-najib-anwar2

Mereka bertiga serta semua Ahli Parlimen bergambar bersama di Dewan Bangkuet bangunan Parlimen.

Habis sesi bergambar mereka semua hadiri jamuan tengahari di lobi parlimen.

Najib,Muhyiddin dan Anwar duduk semeja di meja utama untuk jamuan tengahari.

parlimen-najib-anwar3

Di meja itu mereka disertai oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia,Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang,Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri  yang bertanggungjawab hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Di situ nampak mereka bergurau senda macam tak ada hal.

Ini menyebabkan ada kalangan wartawan yang mengekori mereka bisik sama sendiri...kasihan yang diluar sana, penyokong pembangkang berdemo termasuk baring tengah jalan nak bantah keputusan PRU13...sebaliknya di dalam bos tengah relaks, makan-makan sembang gelak ketawa.

parlimen-najib-anwar4

Politik tetap politik.Senario ini tentu sekali bukanlah bererti ada 'gencatan senjata politik' antara mereka.

'Tembak menembak' diduga akan berterusan khususnya semasa sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama 16 hari hingga 18 Julai.

Sunday, 23 June 2013

Itulah puak melawan.. akhirnya mereka kalah dengan jerebu.. hahaha


Dalam himpunan-himpunan anjuran PR yang lalu, mereka cukup pantas mengemaskini berita secara langsung lengkap dengan gambar-gambar yang memberi kelebihan di pihak mereka.  Bukan itu saja, mereka juga pantas membuat superimpose ke atas gambar-gambar yang mana dilihat ‘kurang sempurna’ terutamanya jika jumlah peserta kurang memuaskan, bagi menambah bilangannya.

Kali ini, peserta Black505 hanyalah lebih kurang 10,000 dan tidak mungkin akan mampu mencapai lebih dari 20,000.  Namun, hairan sekali kerana sehingga kini masih tidak muncul gambar superimpose bagi menunjukkan jumlah kehadiran mencapai sasaran iaitu 1 juta dari mana-mana pihak PR, terutamanya Malaysiakini.

Malah, di dalam laman-laman sosial juga pihak PR nampaknya tidak begitu aktif seperti biasa sama ada di pihak PAS, PKR mahupun DAP.   Mungkinkah ini kerana Red Bean Army telah lumpuh atau enggan terlibat lagi?

Walaupun tidak sempat memalsukan gambar, itu tidak bermakna mereka tidak akan cuba berbohong.  Menurut Johari Abdul, yang memberi ucapan sebentar tadi, jumlah yang hadir ialah 55,000.  Namun, kita pasti jika beliau melayari laman sosial yang rata-ratanya sedang mengemaskini status masing-masing secara langsung berkenaan Black505, maka beliau akan malu sendiri.   Semua gambar yang dimuatnaik dari semua pihak, tidak dapat membantu untuk menggambarkan penyertaan yang lebih dari 10,000.

Tidak salah dikatakan bahawa inilah himpunan PR yang paling hambar sehinggakan khabarnya terdapat beberapa kumpulan peserta Black505 memilih untuk pulang ke hotel, mungkin tidak tahan panas atau tidak tahan menghirup ‘udara segar dari sumatera’.

Tiada apa yang dapat kita katakan kepada puak-puak PR ini selain, ‘jihad la sangat!’

Friday, 21 June 2013

Wan Ahmad : Blackout 505 Agenda Pakatan Bangkitkan Kemarahan Rakyat.


alt

Perhimpunan Blackout 505 yang telah diadakan di beberapa tempat sebelum ini dan bakal diadakan di Padang Merbok 22 Jun ini adalah agenda jahat pihak pembangkang untuk membangkitkan kemarahan rakyat.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pembangkang sengaja menuduh SPR melakukan penyelewengan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) adalah penipuan.

"Ini adalah perancangan strategi kotor pembangkang sebelum bermula pilihanraya lagi,"katanya pada ProgramLuncheon Talk PRU13 : Terima Keputusan Rakyat anjuran Institut Perkembangan Minda (INMIBD) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir adalah Pengerusi Ahli Majlis Pengarah INMIND, Datuk Salamon Selamat.

 
alt

Beliau menjelaskan tuduhan pembangkang yang mendakwa SPR di bawah kuasa Perdana Menteri adalah tidak berasas kerana SPR berada di bawah bidang kuasa Yang Dipertuan Agong.

"SPR dilantik oleh Majlis Raja-Raja dengan perkenan Yang Dipertuan Agong tetapi pembangkang memutarbelitkan kononnya SPR di bawah kuasa Perdana Menteri kerana urusetia SPR yang bertugas adalah penjawat awam,"katanya.

Sementara itu, Wira Wan Ahmad turut mempertahankan dakwaan pembangkang tentang penipuan mengenai dakwat kekal yang digunakan semasa PRU13.

Katanya, kesilapan dilakukan oleh pegawai SPR yang tidak menggoncangkan botol dakwat tetapi tidak menjejaskan proses pengundian kerana nama berserta no mykad pengundi yang telah mengundi akan dipotong dari senarai di saluran mengundi.

"Pengerusi SPR mengakui kesilapan urusetia SPR yang tidak menggoncang botol dakwat tetapi itu hanyalah kesilapan dari sudut teknikal kerana objektif untuk memastikan orang tidak mengundi dua kali telah tercapai setelah nama pengundi dipotong dari senarai,"ujarnya.

Beliau juga menegaskan, sistem pilihanraya yang digunakan di Malaysia adalah sistem terbaik yang turut digunakan oleh 66 negara lain seperti Canada, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Nigeria.

Penganjur Blackout 505 mengemukakan tiga tuntutan kepada SPR yang didakwa melakukan penipuan pada PRU13 dengan mendesak semua ahli SPR meletakkan jawatan serta-merta.

Selain itu mereka juga menuntut supaya diadakan semula pilihan raya semula di 30 kerusi Parlimen yang telah mempengaruhi keputusan PRU13 serta menghentikan usaha untuk meminda undang-undang pilihan raya dan membuat persempadanan semula oleh SPR.

Thursday, 20 June 2013

Penganjur 505 tetap mahu Padang Merbok

Johari Abdul
Johari Abdul


Penganjur perhimpunan Black 505 tetap bertegas perhimpunan Sabtu ini akan  tetap diteruskan di Padang Merbok, meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencadangkan tiga lokasi lain.
Pengerusi Sekretariat Black 505, Datuk Johari Abdul berkata, pemilihan lokasi di Padang Merbok tetap diteruskan seperti mana dirancang.

"Mereka berikan stadium, tetapi kami tetap mahukan Padang Merbok, seperti mana yang diputuskan dalam mesyuarat PR," katanya dalam sidang media, semalam.

Menurutnya, himpunan ini akan diketuai pemimpin PR dan NGO dan akan berkumpul di tujuh lokasi sekitar ibu negara sebelum bergerak ke Padang Merbok.

Beliau berkata, tujuh lokasi tersebut adalah di Bricfields, Masjid Negara, Jalan Pudu, Ibu Pejabat Pas (Jalan Raja Laut), Sogo, Universiti Malaya dan Pekeliling.

Sebelum ini, DBKL melalui Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mencadangkan tiga lokasi alternatif kepada penganjur  iaitu di Stadium Titiwangsa, Stadium Merdeka dan Taman Rekreasi Air Panas.

Johari turut menyeru agar wakil rakyat PR yang menang dalam PRU13 lalu menjadi barisan hadapan pada perhimpunan kali ini.

“Saya bertemu dengan ramai orang dan mereka berkata mahu melihat wakil rakyat PR yang menang mengetuai penentangan penipuan pilihan raya.

“Wakil rakyat yang menang tidak boleh berdiam diri. Kalau mereka menjadi barisan depan, maka lebih ramai rakyat akan turun dan menyokong perjuangan ini,” katanya.

Wednesday, 19 June 2013

Matangkah cara kita berpolitik?

PASCA PRU
KUALA LUMPUR - Sebilangan daripada rakyat terbanyak negara masih tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan terus mahu mengadakan bantahan.
Beberapa siri demonstrasi dan perhimpunan diadakan sejak 8 Mei, dengan ucapan berbaur fitnah, tohmahan, maki hamun dan hasutan semakin galak dilakukan oleh mereka yang berkepentingan, lantas memanipulasi sentimen dan emosi orang ramai seolah-olah inilah cara politik baharu di Malaysia.
Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal pertama selepas PRU13 sudahpun ditetapkan bermula 24 Jun ini seakan-akan 'tidak bermakna' bagi anggota pakatan DAP-PKR-Pas meskipun mereka kini mempunyai 89 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen.
Persoalannya, dalam tempoh tujuh tahun lagi ke arah negara maju pada 2020, adakah corak berpolitik pakatan pembangkang ini boleh dinamakan politik matang?
Mengupas persoalan itu, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata untuk Malaysia menjadi negara maju menuntut anjakan paradigma rakyat menjadi lebih matang dengan setiap pihak mengamalkan cara berpolitik berimbang dan penuh kesederhanaan.
Beliau berkata perbuatan seperti perhimpunan serta demonstrasi jalanan sebagai satu proses bangkangan dalam negara, merupakan ekspresi politik yang mampu mempengaruhi rakyat dan pada masa sama mendatangkan kerugian kepada negara dalam aspek ekonomi, sosial dan pembangunan.
"Politik yang matang adalah politik yang mengamalkan kesederhanaan dan berimbang berbanding politik ekstrem yang akan memusnahkan negara. Ini yang rakyat perlu faham," katanya.
Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan itu berkata kestabilan politik sahaja tidak mencukupi seandainya tidak disertai kematangan berpolitik.
Katanya ahli politik dan rakyat perlu faham bahawa negara bukan sahaja berdepan dengan cabaran dalam negara tetapi juga ancaman dari luar serta anasir asing yang bertujuan mewujudkan suasana tidak aman.
Samsul Adabi berkata kematangan berpolitik juga boleh membawa maksud bahawa masyarakat berpengetahuan tinggi dan mengerti tindak-tanduk serta boleh membuat analisis mudah perbuatan mana-mana pihak sama ada ia bagus atau buruk untuk negara.
Mengulas lanjut, beliau berkata Amerika Syarikat, Britain dan Jepun adalah contoh negara yang berjaya mengamalkan politik matang manakala Malaysia semakin bergerak ke hadapan menuju demokrasi yang progresif.
Keputusan PRU13 yang menyaksikan pertambahan kerusi yang dimenangi pakatan DAP-PKR-Pas dengan bilangan pengundi yang keluar mengundi mencecah 84.8 peratus turut mencerminkan rakyat mengamalkan demokrasi untuk melakukan perubahan melalui undi.
Namun mampukah pakatan pembangkang memainkan peranan mereka untuk mengawasi dan menegur kepada kerajaan atau hanya terus berpolitik dan memanipulasi sentimen dan emosi rakyat?
"Bangkangan perlulah dilakukan secara berhemah. Sekiranya bangkangan yang dilakukan melampau... maka kerajaan perlulah bertindak tegas kerana ia akan memberi ancaman dalam soal keselamatan," katanya.
Sejauh mana pula unsur kebencian, fitnah, demonstrasi, maki hamun dalam berpolitik masa kini mampu menjamin perpaduan di kalangan kaum terus utuh di masa hadapan?
Mengamalkan elemen sedemikian, menurut Samsul Adabi hanya akan 'membunuh' rasa hormat sesama kaum di negara ini, bahkan akan mengheret negara ke arah kemunduran.
Aktivis sosial Khairil Hafizd Khairuddin, 31, berpendapat politik yang diamalkan di negara ini adalah separuh matang memandangkan tindakan sesetengah pihak yang lebih mengikut emosi sehingga menjejaskan ketenteraman awam.
Katanya kekurangan ilmu politik menjadi punca ada di kalangan rakyat mudah terpengaruh dan sanggup berdemonstrasi dan berhimpun tanpa memahami kesan perbuatan itu.
"Adalah tidak matang untuk mana-mana pihak menyuarakan rasa tidak berpuas hati menerusi demonstrasi atau perhimpunan atau apa jua bentuk kerana apalah gunanya Parlimen dibentuk jika permasalahan rakyat gagal disuarakan di sana, dan kenapa perlu memilih jalan raya?
"Pada saya ini semua bertujuan memburukkan imej kerajaan dan negara selain mahu menjayakan agenda pihak tertentu termasuk pihak asing," katanya. - Bernama

Tuesday, 18 June 2013

Selepas Anwar, Azmin pula ke Indonesia

Azmin Ali
Azmin Ali



SHAH ALAM - Selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia berjumpa dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu lalu, kini giliran orang kanannya pula, Mohamed Azmin Ali ke negara republik itu.

Timbalan Presiden PKR itu dilaporkan ke Indonesia untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Gabenor DKI Jakarta, Ir H Joko Widodo.

Menurut laporan di blognya, azminali.com, kunjungan hormat itu antara lain turut membabitkan perbincangan dua hala bersama Widodo mengenai isu pembangunan fizikal dan kemanusian kedua-dua negara.

"Widodo menegaskan bahawa pemerintah hari ini tidak lagi harus berfalsafah horizontal tetapi harus lebih ke bawah, vertikal.

"Widodo juga berkata, kerajaan yang efektif hanya memerlukan masa kira–kira empat hingga lima jam sehari di pejabat dan selanjutnya kerja di lapangan," katanya.

Difahamkan, pertemuan itu turut disertai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskadar Mat Akin dan berlangsung selama sejam.

Minggu lalu, telah bertemu dengan Susilo bagi membincangkan pelbagai isu termasuk isu pilihan raya.

Dalam pada itu, Anwar juga dilaporkan mengadu tentang 'kecurangan' PRU13 lalu kepada Presiden Indonesia itu dan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK).

Memetik laporan media Indonesia, VIVAnews, Ketua Umum PKR itu membuat pengakuan itu dalam satu sidang media bersama pemberita Indonesia.

"Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak boleh dibiarkan begitu saja," dakwa Anwar.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin juga berkata pertemuan itu turut membincangkan cabaran dalam memerangi gejala rasuah di Indonesia dan Malaysia.

"Kedua tokoh yakin dan percaya bahawa sistem pentadbiran yang baik dan kerajaan yang efektif akan memastikan gejala rasuah dapat dikurangkan selain daripada iltizam politik yang jelas untuk perubahan.

Tambahnya, beliau juga sempat berkongsi pandangan bersama Jokowi tentang isu pengangkutan awam dan rumah mampu milik selain isu pilihan raya dan kebebasan media di Malaysia dan Indonesia.

Monday, 17 June 2013

ROS: DAP perlu kemuka bukti salah kira

Abdul Rahman Othman
Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman
KUALA LUMPUR - Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap kira undi yang didakwa berlaku semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu, Disember lalu.
   
Pendaftar ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata ia adalah untuk mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab 'computer glitch' atau satu penyelewengan.
   
"Pihak ROS sedang menjalankan siasatan dan salah satu isu utama yang masih disiasat ialah mengenai undi yang diperoleh calon yang bertanding," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
   
DAP sebelum ini dilaporkan mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan CEC parti itu pada Disember lepas dan ia dikaitkan dengan kesilapan teknikal.
   
Abdul Rahman dalam pada itu berkata ROS perlu membuat kenyataan untuk pengetahuan umum tentang kemajuan proses siasatan ROS terhadap parti itu untuk mengelakkan manipulasi fakta seperti kandungan surat ROS bertarikh 17 April 2013 yang jelas telah dimanipulasi.

"Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak beretika.   

"ROS perlu menjalankan siasatan dengan lebih berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang manipulasi fakta," katanya.
   
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 18 April lalu mendakwa menerima surat daripada ROS bertarikh 17 April yang menyatakan ROS tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
   
Menurutnya, ini susulan keputusan ROS yang tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan CEC DAP.
   
Abdul Rahman juga berkata semua anggota parti yang ditemu bual dalam proses siasatan meminta DAP mengadakan semula pemilihan CEC.
   
Beliau juga menjelaskan ROS tidak mempunyai niat untuk membatalkan pendaftaran DAP. - Bernama

Sunday, 16 June 2013

Rakyat Berdepan Karenah Gerombolan “Berpenyakit Lembu Gila”….

Penyokong PKR terus membenarkan diri mereka dimanipulasi oleh para pemimpin mereka gara-gara hanyut dengan ketaksuban yang melampaui batas.
Penulis sendiri pun akan memanipulasi budak-budak ini cukup-cukup jika saya dapati mereka sudah terlalu taksub dan menurut saja apa yang saya cakap, demi untuk menunjukkan kekuatan dan kononnya “kebenaran” kepada umum.
Bila sudah terjerat dengan kenyataan Speaker Pendekar dan baru terasa tindakan memboikot sesi angkat sumpah sebagai “tindakan bangang”, senang-senang mereka boleh bagi alasan kenyataan mereka sudah disalahtafsir oleh media kerajaan.
Sewaktu pemimpin spin untuk boikot, penyokong pun sama spin. Bila pemimpin u-turn dengan memberi alasan kenyataan sudah diputarbelitkan, penyokong pun sama mengangguk, ‘memang media UMNO kaki fitnah”.
Dan, yang paling jelas menunjukkan minda pakatan ini sudah “tak centre” ialah bila mereka pandai-pandai mahu melantik Speaker Dewan Rakyat dengan mencadangkan nama Dato Abd Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.
Menambah lagi tanda-tanda PKR ini memang penganut fahaman undang-undang rimba, mereka beri alasan Speaker mesti betul-betul  bebas dari politik, sedangkan Speaker PKR Perak dulu sampai sanggup bersidang bawah pokok gara-gara tidak mahu menerima hakikat kerajaannya sudah tiada.
Kita rakyat Malaysia sangat malang kerana terpaksa berhadapan dan menghadapi gerombolan pemimpin dan penyokong yang meletakkan undang-undang dan peraturan di atas perasaan dan kehendak nafsu sendiri.
Karenah gerombolan yang menganut ideologi perundangan haiwan inilah yang “mahu tidak mahu” terpaksa dihadapi juga oleh seluruh rakyat negara ini.
Karenah gerombolan yang menganut ideologi perundangan haiwan inilah yang “mahu tidak mahu” terpaksa dihadapi juga oleh seluruh rakyat negara ini.
Kita tiada cara untuk berhadapan dengan lembu naik minyak atau berpenyakit lembu gila, melainkan terpaksa menghapuskan dan menembak mati gerombolan ini.  Jika dibiarkan, ia boleh memberi mudarat kepada banyak pihak.
Anutan fahaman haiwan ini sudah melampaui garis dan batasan sesebuah nilai kehidupan dan ketamadunan. Sebelum ia memudaratkan kehidupan masyarakat yang lebih besar, tindakan mereka ini harus dihentikan walaupun secara paksa dan keras.
Patut dikandangkan, kita kandangkan. Patut kita kemilikan. Patut kita letakkan di National Feedlot Corporation, kita feedlotkan. Bekalan lembu negara pun masih kekurangan.
Kamarulzaman Kamdias

Flashmob Black 505 : Kanak-Kanak antara 16 Penyokong Ditahan.

alt

Lima belas individu termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ditahan kerana menyertai flashmob Black 505 di hadapan sebuah pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas enggan bersurai sejak tengah hari tadi apabila diarahkan polis berbuat demikian.

Antara yang ditahan termasuklah aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edi Nor Riduan dan aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee.

Flashmob Black dianjurkan sebagai persediaan menjelang Himpunan Suara Rakyat Black 505 pada 22 Jun ini.

Siri jelajah akan turut diadakan di Ipoh (17 Jun), Sungai Besar (18 Jun), Puduraya (19 Jun), Temerloh (20 Jun) dan KLSCAH (21 Jun). Foto : Keadilan Daily

Saturday, 15 June 2013

Video pornoc: dah basi nak dedahkan.. jika benar berlaku jawablah dengan Tuhan masing-masing

Video seks: Wakil rakyat DAP nafi terlibat
Video yang dimuat naik di Youtube memaparkan lelaki yang didakwa mempunyai fizikal hampir sama dengan Gunasekaran.
Adun Senawang dari DAP, P Gunasekaran menafikan dirinya adalah individu dalam video seks yang tersebar dalam Youtube.

Dua video seks berdurasi 1 minit 18 saat dan 3 minit 15 saat yang bertajuk 'Wakil Rakyat DAP Guna Scandal' dan ‘Wakil Rakyat DAP Guna Scandal 03’ itu dimuat naik di Youtube pada 1 dan 2 Mei lalu.

Video pertama memaparkan seorang lelaki yang didakwa menyerupai Gunasekaran sedang duduk memakai tuala sambil memegang telefon bimbit di sebuah bilik.

Manakala video kedua menunjukkan lelaki itu mula membuka tualanya dan melakukan 'aksi panas' dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, wajah lelaki itu kelihatan kurang jelas berikutan suasana yang bilik gelap.

Gunasekaran berkata, beliau dimaklumkan tentang penyebaran video seks itu oleh rakan-rakannya sebelum kempen PRU13 lalu.

"Saya sudah melihatnya dan lelaki dalam video itu, bukan saya. Saya juga tidak kenal wanita dalam video itu.

"Saya percaya kewujudan video ini adalah bermotif politik kerana disebarkan ketika musim kempen PRU lalu,” katanya.

Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, video itu disebar  untuk memfitnah dirinya di samping menjatuhkan karier politik beliau.

“Saya tidak tahu siapa yang buat dan sebarkan video ini. Boleh jadi orang politik yang mahu menjatuhkan karier saya.

“Mungkin ia dilakukan parti lawan dan boleh jadi juga dilakukan orang dalaman parti saya sendiri,” katanya.

Menurutnya, satu laporan polis akan dibuat dan dia bercadang melantik peguam untuk bawa perkara itu ke muka pengadilan.

“Saya sedih dengan penyebaran video ini, begitu juga isteri dan dua anak saya.

"Penyebaran video ini telah menjejaskan maruah keluarga saya," katanya.

Katanya, beliau tetap akan teruskan khidmat sebagai wakil rakyat meskipun penyebaran video tersebut telah menjejaskan imej bersihnya sebelum ini.

“Rakyat menjadi keutamaan saya. Mereka kenal siapa saya kerana sudah lama saya terlibat dalam dunia politik," katanya.

Gunasekaran berkhidmat sebagai wakil rakyat di Dun Senawang sejak PRU12 dan berjaya mengekalkan kerusi yang disandangnya pada PRU13 lalu apabila menang dengan memperoleh 9,010 undi mengalahkan calon BN, Choong Vee Hing (4,205 undi) dan calon Bebas, S Karthigesan (120 undi).

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, video itu sengaja disebarkan sebelum kempen PRU13 yang lalu bagi menjatuhkan imej dan reputasi Adun Senawang itu.

“Video tersebut telah disebarkan sejak sebulan yang lalu dan digembar-gemburkan untuk menjatuhkan imej bersih Gunasekaran.

“Saya percaya lelaki dalam video tersebut bukanlah Gunasekaran dan ia sengaja direka untuk memfitnah beliau," dakwanya.

Siew Fook berkata, beliau telah menasihatkan Gunasekaran supaya membuat laporan polis segera berhubung penyebaran video tersebut.

“Setakat ini kita tidak tahu siapa yang membuat dan menyebarkan video itu.

"Kita serah kepada polis untuk buat siasatan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai bijak menilai apa yang berlaku.

"Saya fikir rakyat tahu perkara sebenar dan tidak akan layan tuduhan dan fitnah sebegini," katanya lagi.

Selepas blackout 505, petisyen... apa lagi pembangkang mahu?

blackoutkt513
Sekurang-kurangnya 56 petisyen difailkan BN dan pembangkang selepas tempoh berbuat demikian tamat pada Rabu. 

Sebanyak 21 petisyen dikemukakan BN manakala bakinya 35 lagi babitkan parti-parti pembangkang sama ada bagi kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tiada pemilihan ahli parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh dipertikaikan kecuali  dengan  petisyen ke Mahkamah Tinggi.
Pada pilihanraya umum 1999, sebanyak 40 petisyen difailkan manakala pada 2004 (3) dan 2008 sebanyak 29 petisyen.
Dengan jumlah 56 petisyen selepas PRU 13, angka itu paling tinggi pernah difailkan.
Pembangkang diwakili DAP, PKR dan PAS tentu amat berharap sekurang-kurangnya 27 petisyen di peringkat Parlimen dapat menaikkan semangat mereka untuk menguasai Putrajaya.
Jika mereka menang 23 petisyen bermakna bilangan kerusi pembangkang bertambah daripada 89 kepada 112  cukup untuk majoriti mudah mengambil alih kerajaan daripada BN.
Pembangkang juga memfailkan jumlah petisyen bagi DUN Perak dan Kedah dengan harapan menang dan merampas semula dua negeri itu yang dimenangi BN.
Namun, impian pembangkang bukan semudah disangka kerana tidak semua petisyen yang difailkan akan dibicarakan di mahkamah.
Menurut Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, setiap petisyen hendaklah diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh dikemukakan.
Apapun, jika kes di bicarakan dan ada pihak tidak puashati dengan keputusan, rayuan boleh dikemukakan di mahkamah Persekutuan yang akan memuktamadkan keputusan.
Bagi pembangkang yang berharap petisyen ini boleh membuka jalan ke Putrajaya, eloklah mereka lupakan sahaja.
Pada 2008, daripada 29 petisyen hanya satu dibawa ke mahkamah manakala yang lain ditolak mahkamah selain diselesaikan di luar mahkamah.
Daripada 35 petisyen difailkan pembangkang, tidak mustahil semua akan ditolak atau hanya beberapa sahaja akan diterima mahkamah.
Justeru itu, peluang pembangkang mahu menggunakan petisyen sebagai cara mudah menuju Putrajaya selepas gagal pada PRU 13, tentu tidak kesampaian.
Bagaimanapun, pembangkang ada alternatif lain jika mereka masih mahu menjayakan impian menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Hanya tiga cara membolehkan pilihanraya kecil diadakan iaitu perintah mahkamah, kematian dan wakil rakyat melepaskan jawatan.
Apa kata semua wakil rakyat pembangkang melepaskan jawatan supaya boleh diadakan pilihanraya semula.
Lagipun, itu lebih elok berbanding gesaan supaya Pengerusi dan timbalan pengerusi SPR melepaskan jawatan.
Kebiasaannya, jika di pejabat, kalau sesaorang itu tidak suka pada majikan atau boss, mereka yang letak jawatan sebagai tanda protes atau tidak puashati.
Dalam situasi membangkang sekarang, mereka memang tidak puashati dengan SPR, maka eloklah mereka letak jawatan.
Cadangan bodoh ini tentunya ditolak pembangkang kerana mana-mana wakil rakyat yang sengaja meletak jawatan akan hilang kelayakan bertanding untuk tempoh lima tahun.
Satu lagi pilihan lain, ambil kira cadangan Anwar supaya wakil rakyat PKR boikot majlis angkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 24 Jun, eloklah mereka teruskan niat itu.
Mereka tidak perlu angkat sumpah hingga tamat tempoh enam bulan dan selepas itu Speaker boleh maklumkan kepada SPR mengenai ketidakhadiran wakil-wakil rakyat terbabit bagi membolehkan pilihanraya semula.
Cadangan ini tentu lebih relevan berbanding.
Jika semua cadangan di atas pembangkang tidak berani buat, elok-eloklah mereka hentikan sandiwara politik dengan jadikan SPR sebagai ‘kambing hitam’.
Cukup-cukuplah berpolitik kerana 89 kawasan parlimen perlukan wakil rakyat untuk memberikan khidmat kepada rakyat yang mengundi mereka pada 5 Mei lalu.
Meminjam kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini digelar ‘Gabenor Parlimen’,: “ Mereka ini (wakil rakyat) sudah diberikan amanah apabila rakyat mengundi dan memilih mereka dan antara sifat orang munafik adalah tidak menunaikan amanah.
Sudah tiba masanya wakil rakyat pembangkang tunaikan tugas masing-masing bukannya terus berkokok salahkan SPR dan riuh rendah di himpunan 505. Renung-renungkanlah

Friday, 14 June 2013

Perlembagaan, Islam dan Institusi Raja


Kepada Mu Ya ALLAH! dipohonkan petunjuk - dimohon hidayat, mengupayakan Hamba-Mu ini menghuraikan mauduk 'Perlembagaan dan Islam - Peranan Institusi Raja'; yang mengandungi tiga kata kunci; pertama: Perlembagaan, kedua: Islam, ketiga: Institusi Raja.
Menghadap Paduka Kekanda, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis; menghadap Paduka Kekanda Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis. Ampun Tuanku, sembah Paduka Adinda mohon diampun. Sesungguhnya Paduka Adinda berasa begitu terhormat dengan keberangkatan hadir Paduka Kekanda berdua, mencemar duli untuk turut mengikuti huraian Paduka Adinda atas mauduk yang telah diamanahkan. Paduka Adinda juga amat menghargai keberangkatan hadir Paduka Anakanda Raja Muda Perlis bersama Paduka Anakanda Raja Puan Muda Perlis.
PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN sesebuah negara adalah undang-undang yang telah digubal, lalu diterima pakai sebagai prinsip dan panduan pemerintahan. Dalam konteks negara Malaysia, ia dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia, lebih kerap dirujuk sebagai Perlembagaan Persekutuan; malah naskhah asalnya lebih dikenali sebagai Perlembagaan Merdeka.
Proses menggubal Perlembagaan Persekutuan, bermula daripada persidangan yang berlangsung di London dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956. Delegasi Persekutuan Tanah Melayu terdiri dari:
i. Empat wakil Raja-Raja Melayu
ii. Ketua Menteri bersama tiga Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
iii. Pesuruhjaya Tinggi Inggeris berserta barisan penasihat.
Suruhanjaya Reid ditubuhkan; diberikan tanggungjawab melakukan kajian, seterusnya mengemukakan perakuan kandungan Perlembagaan Persekutuan. Suruhanjaya Reid diketuai oleh Hakim Lord Reid, dan dianggotai oleh:
i. Sir Ivor Jennings, pakar perundangan perlembagaan negara-negara Komanwel
ii. Sir William McKell, mantan Gabenor Jeneral Australia.
iii. Mr. B. Malik, mantan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India.
iv. Justice Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi Pakistan Barat.
Antara Jun hingga Oktober 1956, Suruhanjaya Reid mengadakan 118 sesi pendengaran (hearings) sebelum merumuskan perakuan pada 20 Februari 1957. Antara perakuan utama yang terkandung dalam draf pelan induk Perlembagaan Merdeka menyentuh perkara-perkara berikut:
(i) Keunggulan Perlembagaan.
(ii) Badan Kehakiman yang bebas dengan kuasa melakukan kajian semula kehakiman (judicial review).
(iii) Kerajaan berteraskan sistem Persekutuan.
(iv) Raja Berperlembagaan di Peringkat Persekutuan dan Negeri.
(v) Perlindungan khas hak Raja-Raja Melayu.
(vi) Kedudukan istimewa orang Melayu.
(vii) Hak kerakyatan kepada setiap orang yang dilahirkan di Persekutuan.
(viii) Hak agama, budaya dan bahasa kalangan bukan Melayu.
Permohonan Perikatan, begitu juga hasrat UMNO mahu meletakkan Islam di bawah kuasa Persekutuan tidak diterima; di sebaliknya Suruhanjaya Reid menerima tuntutan Raja-Raja Melayu, mengekalkan agama di bawah kuasa negeri. Ini mungkin diasaskan kepada faktor bahawa kuasa Raja berhubung Islam tidak pernah disentuh, di masa negeri-negeri Melayu berada di bawah pentadbiran de facto Residen Inggeris.
Kumpulan Kerja Pakatan Tiga Pihak (Tripartite Working Party) mewakili Raja-Raja Melayu, Perikatan dan Kerajaan Kolonial telah ditubuhkan untuk mengkaji perakuan Suruhanjaya Reid. Raja-Raja Melayu diwakili oleh Penyimpan Mohor Besar, Haji Mustapha Albakri, Shamsuddin Nain, Tunku Ismail dan Neil Lawson, QC; Perikatan diwakili oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Datuk Abdul Razak, Ong Yoke Lim dan V.T. Sambanthan, dan Kerajaan Kolonial, diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi MacGillivray, Ketua Setiausaha Negara, Sir David Watherston, Peguam Negara TV A Brodie, dan E.O. Laird berperanan sebagai setiausaha.
Antara 23 Februari hingga 27 April 1957, Kumpulan Kerja telah mengadakan dua puluh tiga mesyuarat, melakukan pengubahsuaian kepada perakuan asal Suruhanjaya Reid. Antara pengubahsuaian signifikan yang dilakukan menyentuh perkara-perkara berikut:
(i) Memperkukuh peranan Majlis Raja-Raja; sebagai forum yang melantik Ketua Negara; Majlis Raja-Raja berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung urusan lantikan tertentu menurut yang termaktub di dalam Perlembagaan; dan Majlis Raja-Raja perlu dirunding dalam perkara-perkara penting seperti perubahan sempadan dan wilayah, serta perkara yang menyentuh bidang kuasa Raja.
(ii) Menggugurkan perakuan yang meletakkan batasan masa lima belas tahun untuk melindungi keistimewaan orang Melayu.
(iii) Islam dikanunkan sebagai agama Persekutuan tetapi tidak mengubah status Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.
(iv) Menjamin kebebasan beragama kepada bukan Islam.
(v) Membenarkan pengajaran bahasa Cina dan Tamil serta penggunaan bahasa-bahasa tersebut dalam urusan tidak rasmi.
Suruhanjaya Reid, memberi perhatian aspek pergantungan kewangan negeri-negeri dari sumber pendapatan di peringkat Persekutuan. Dalam tahun 1956, keseluruhan perolehan pendapatan Persekutuan berjumlah tujuh ratus empat puluh empat (744) juta ringgit, sementara jumlah perolehan pendapatan negeri-negeri hanyalah sembilan puluh sembilan (99) juta ringgit.
Raja-Raja dan Perikatan tidak menemui kata sepakat dalam isu menyentuh agihan dan perkongsian hasil negara di antara pusat dengan negeri, lalu wakil Raja-Raja telah memulau mesyuarat yang berlangsung pada 9 April 1957. Kompromi akhirnya dicapai apabila Perikatan memberikan persetujuan memperuntukkan geran kepada negeri.
Ketika kesetiaan warga kepada negeri masih begitu mendalam - ketika warga kuat memiliki kebanggaan terhadap warisan, adat dan tradisi setempat, Raja-Raja Melayu telah mempamerkan jiwa besar, memberi perkenan untuk memungkinkan penubuhan sebuah Persekutuan. Jiwa besar yang dipamerkan oleh Raja-Raja Melayu telah memudahkan urusan penggubalan Perlembagaan. Lantas Perlembagaan Merdeka berjaya disiapkan mengikut jadual.
Sesungguhnya sembilan Raja Melayu pada hakikatnya telah membuktikan sebaik-baik contoh, semangat untuk merealisasikan perwujudan sebuah negara bangsa, dengan perkenan mengurniakan sebahagian besar kedaulatan dan menyerahkan sebahagian besar kuasa negeri masing-masing untuk memungkinkan tertubuhnya sebuah Persekutuan, di bawah konsep Federalisme. Apabila Raja menemui kata muafakat, warga mencapai kata sepakat.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957 oleh Sir Donald Charels MacGillivray bagi pihak Ratu Inggeris dengan lapan Raja Melayu; dan bagi Negeri Sembilan, ditandatangani secara bersama oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berserta empat Undang dan Tengku Besar Tampin. Pada tarikh keramat, 31 Ogos 1957, Duke of Gloucester bagi pihak Ratu Inggeris menyerahkan Perlembagaan Persekutuan kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera, dalam gegak gempita teriakan Merdeka: berkibarlah bendera Jalur Gemilang, berkumandanglah lagu Negaraku, lalu lahir sebuah negara merdeka lagi berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan berperanan sebagai carta dan kompas, sauh dan layar kepada sebuah bahtera merdeka. Pada September 1963, Parlimen Malaysia menggubal Akta Malaysia 26/1963, memberi wajah baru kepada Perlembagaan Merdeka selaras dengan pembentukan negara Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Terkandung 183 perkara di dalamnya. Perlembagaan Negara kita adalah antara Perlembagaan bertulis yang paling komprehensif, mengandungi pelbagai perkara, begitu menyeluruh, digubal secara terperinci - dihalusi secara teliti. Dalam bab akhir buku An Introduction To The Constitution of Malaysia, Tun Mohamed Suffian telah mencatat frasa berikut:
Petikan: For such a small country Malaysia has a fearfully long and elaborate Constitution and the visitor from Mars may be forgiven for thinking that our Constitution must have been devised by a mad professor of constitutional law".
Perlembagaan sesebuah negara, sui generis sifatnya, iaitu berada dalam kelas tersendiri. Perlembagaan Persekutuan tidak sekadar dokumen undang-undang. Perlembagaan Persekutuan pada hakikatnya mengandungi semangat dan roh negara, mencerminkan persetujuan-persetujuan yang di capai ketika negara memperoleh kemerdekaan.
Ia memperlihatkan semangat persefahaman - ia mempamerkan kesediaan berkompromi pelbagai pihak - ia memanifestasikan pencapaian kata sepakat antara takhta dengan rakyat, antara rakyat sesama rakyat yang berlatar belakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa. Perlembagaan Persekutuan digubal bersumberkan warisan sejarah, satu kesinambungan yang berjaya mengekalkan tradisi ketika mengharung modenisasi.
Termaktub di dalamnya, aspek warisan berkerajaan - aspek sejarah bernegara, berpayungkan Raja, bertiangkan Islam, bersalut budaya dan bahasa peribumi. Amanat yang terkandung dalam tujuh wasiat Raja-Raja Melayu dianyam secara tersirat dalam dokumen yang tersurat.
Terpahat secara tersirat - tertera secara tersurat di dalam Perlembagaan Persekutuan semangat menjunjung Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang secara tegas menetapkan antaranya, kedaulatan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Tanah Simpanan Melayu, kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain, diberikan jaminan untuk dilindungi pada setiap masa.
Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan tanpa perkenan Raja-Raja. Perkara-perkara yang telah sama-sama dipersetujui ketika penggubalan Perlembagaan Merdeka, menyentuh prinsip-prinsip asas, tidak boleh sama sekali diperdagangkan untuk tujuan meraih keuntungan politik jangka pendek. Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditafsirkan secara menyeluruh kerana kesemua peruntukan yang terkandung di dalamnya adalah berikat dan berkuasa.
Perlembagaan Persekutuan hendaklah dijadikan rujukan utama dalam mengurus tadbir negara. Ia mengatasi segala undang-undang lain. Tidak ada undang-undang lain yang harus mencabar keunggulannya. Mematuhi dan menghormati perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bukan satu pilihan tetapi adalah satu kemestian untuk membolehkan sistem pemerintahan demokrasi yang sejati dapat ditegakkan.
ISLAM
Islam terpahat kukuh di persada sejarah negara. Islam mula berakar di Tanah Melayu sejak kurun keempat belas. Terdapat penemuan-penemuan yang menunjukkan Islam telah tersebar di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu lebih awal dari Melaka. Raja Kedah, Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam dalam tahun 1136 Masihi, menukar nama kepada Sultan Mudzafar Shah, dan mengasaskan Kesultanan Islam di Kedah.
Di Melaka, Parameswara setelah memeluk Islam, menukar nama kepada Raja Iskandar Shah. Dengan pengislaman Raja Melaka pada tahun 1409, Islam bertapak lebih kukuh di alam Melayu, dijadikan agama rasmi di Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1458).
Penduduk di Nusantara Melayu, memeluk Islam kerana dorongan dan dakwah Raja-Raja, bukan kerana ditakluk atau dipaksa. Islam berevolusi menjadi titik penyatuan negara bangsa di bawah pemerintahan Raja-Raja. Kesultanan Melaka dianggap sebagai salah sebuah Kerajaan Islam yang ulung di Asia Tenggara, berperanan sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara.
Proses pengislaman di alam Melayu berlangsung dalam masa yang singkat dan merupakan tenaga terkuat yang mencorakkan kepercayaan, nilai dan sikap masyarakat. Ajaran Islam cepat menyerap di kalangan umat Melayu kerana Islam merupakan satu keratan lapisan yang diletakkan atas sistem kepercayaan yang sedia wujud, memperlihatkan kebijaksanaan umat Melayu melakukan asimilasi, menyesuaikan sistem kepercayaan lama dengan yang baru.
Islam memberi dimensi baru kepada minda Melayu; ia mencetuskan satu revolusi pemikiran; mengupayakan umat menyemai nilai dan semangat keagamaan yang luhur. Islam telah merobah bukan sahaja struktur zahir masyarakat Melayu malah turut menyentuh struktur batinnya. Berpalinglah pandangan hidup umat Melayu, gugur dari singgahsana alam seni dan alam mitos yang khayal, berpindah ke alam akal dan budi yang menuntut kepada gaya tertib yang lebih teratur, berjaya membina daya rasionalisme - daya intelektualisme, mengangkat adab dan susila serta kesedaran umat terhadap kemuliaan insan dan keagungan Tuhan.
Lalu berlaku pengubahsuaian dalam sistem pemerintahan, menjelmakan identiti baru. Raja dan Kerajaan diberi taraf baru, menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai 'penjelmaan Tuhan di bumi', status yang meletakkan Raja sama taraf dengan Tuhan, beralih kepada konsepsi bahawa Raja adalah 'bayangan Allah di muka bumi (zillulah fi al-Ard)". Hubungan batiniah Raja dengan para dewata ditinggalkan, di sebaliknya talian spiritual dirangkaikan dengan Allah dan Rasul serta kekudusan tokoh para aulia - para anbia.
Berdasarkan konsepsi baru ini, Raja hanya bertaraf wakil atau khalifah di bumi dengan sifat-sifat kemanusiaan. Kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja juga tidak boleh mengingkari tuntutan syarak. Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf menyempurnakan tanggungjawab, lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa pemerintahan adalah satu amanah Ilahi yang sama sekali tidak boleh disalahgunakan. Raja wajib menjunjung amanah pemerintahan, melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Islam dan Melayu adalah tunggak utama Tanah Melayu. Undang-undang Islam diguna pakai untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Negeri Melaka telah mengkanunkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka berdasarkan Hukum Syarak. Di negeri Perak, Undang-Undang 99 digubal, berdasarkan prinsip Hukum Syarak; Terengganu, Kelantan dan Kedah menyerapkan pengaruh Islam dalam pentadbiran.
Selepas kejatuhan Melaka, kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu kekal meneruskan tradisi pemerintahan beraja berteraskan undang-undang Islam sehingga munculnya penglibatan Inggeris. Inggeris telah memisahkan urusan pentadbiran negeri dengan agama Islam. Proses peralihan sistem perundangan dilakukan dari negeri ke negeri dengan penerimaan Common Law Inggeris, mengganti perundangan berlandaskan syarak; akibatnya Islam terpisah dari arus perdana pentadbiran, malah hal ehwal Islam ditadbirkan secara berasingan dengan penubuhan institusi-institusi yang dibatasi bidang kuasanya.
Terbukti, bahawa dalam era pemerintahan Kesultanan Melayu. urus tadbir berpaksikan Islam yang merangkumi aspek-aspek perundangan, ekonomi, pendidikan dan sosial, telah diterima sebagai cara hidup masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di bumi ini. Pengiktirafan tersebut selanjutnya diperkukuhkan melalui penghakiman kes Raman lawan Laton, apabila Mahkamah Rayuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu memutuskan bahawa Islam adalah "lex loci of the land".
Berasaskan hakikat ini, Hakim Abdul Hamid yang menganggotai Suruhanjaya Reid telah bersetuju dengan memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan agar Islam dijadikan agama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Parti Perikatan adalah gabungan parti-parti politik yang mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India, tiga kumpulan etnik utama di kalangan penduduk Tanah Melayu.
Dengan pertimbangan bahawa sudah terdapat lima belas negara di dunia ketika itu meletakkan agama dalam Perlembagaan mereka, Hakim Abdul Hamid mengakui bahawa Islam memiliki kedudukan istimewa di Negeri-Negeri Tanah Melayu dengan menyatakan:
Petikan:
"If in these countries a religion has been declared to be the religion of the State and that declaration has not been found to have caused hardships to anybody, no harm will ensure if such a declaration is included in the Constitution of Malaya. In fact in all the Constitutions of Malayan States a provision of this type already exists. All that is required is to transplant it from the State Constitution and to embed it in the Federal".
Pengiktirafan Islam sebagai agama Negara bukan komponen baru di bumi ini, ia sebenarnya adalah kesinambungan tradisi dan penerusan hak yang telah lama berakar, ia adalah 'Magna Carta', satu kontrak sosial yang tersirat, di samping termaktub sebagai komponen yang tersurat di dalam Perlembagaan.
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang diperlengkap dan diperkukuh dengan beberapa peruntukan lain, telah memartabatkan Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam dalam negerinya, berserta keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati oleh Raja-Raja Melayu yang tidak tersentuh dan tercacat, termaktub dalam Perkara 3(2) Perlembagaan.
Perkara-perkara utama mengenai Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah. Ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan, demi memastikan, tujuan sebenar peruntukan-peruntukan tersebut tidak dimanipulasikan hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.
Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan . Yang Arif Hakim Mohd. Noor Abdullah dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Ishak dan yang lain - lawan - Fatimah Sihi dan yang lain, telah memberikan tafsiran berikut:
Petikan: "... Peruntukan 'Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai' bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna Kerajaan bertanggungjawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatursuai dan dihala tuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam...."
Setelah hampir lima puluh enam tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah empat belas kali Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgah sana Ketua Utama Negara, setelah tiga belas kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan.
Segala persetujuan, wajib dihormati. Prinsip-prinsip asas, terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan. Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka. Ummah wajib berdiri teguh - berpendirian tegas, tidak berundur, walau setapak sekalipun.