Kalau tengok gambar ini, mungkin ramai yang tak sangka sejam setengah sebelum ini berlaku 'tembak-menembak' antara Ahli Parlimen pembangkang dengan Barisan Nasional yang meriuhkan majlis istiadat angkat sumpah mereka semasa sidang hari pertama Dewan Rakyat pertama selepas PRU13, pagi Isnin.
Riuh hanya dalam ruang dewan saja, sebab lepas itu, masing-masing boleh gelak ketawa, bertepuk tampar di luar.
Gambar candid menarik aksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Anwar Ibrahim ini dirakam sejurus tamat majlis angkat sumpah dan sidang hari pertama ditangguhkan.
Najib dan Muhyiddin jelas menunjukkan sifat gentleman mereka dalam situasi ini.
Mereka bertiga serta semua Ahli Parlimen bergambar bersama di Dewan Bangkuet bangunan Parlimen.
Habis sesi bergambar mereka semua hadiri jamuan tengahari di lobi parlimen.
Najib,Muhyiddin dan Anwar duduk semeja di meja utama untuk jamuan tengahari.
Di meja itu mereka disertai oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia,Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang,Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Di situ nampak mereka bergurau senda macam tak ada hal.
Ini menyebabkan ada kalangan wartawan yang mengekori mereka bisik sama sendiri...kasihan yang diluar sana, penyokong pembangkang berdemo termasuk baring tengah jalan nak bantah keputusan PRU13...sebaliknya di dalam bos tengah relaks, makan-makan sembang gelak ketawa.
Politik tetap politik.Senario ini tentu sekali bukanlah bererti ada 'gencatan senjata politik' antara mereka.
'Tembak menembak' diduga akan berterusan khususnya semasa sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama 16 hari hingga 18 Julai.
No comments:
Post a Comment