Salam 1 Malaysia,
Buat Nurul Izzah, sudah-sudahlah sikap suka menghentam tak tentu pasal
kepada mereka-mereka yang kamu benci atau yang kamu rasa boleh menjatuhkan kamu
ke lubang kehancuran kuasa. Jika sebelum ini kamu mempertikaikan tentang
kewibawaan kerajaan Malaysia, kini kamu lantang pula membuat pertikaian tentang
kredibilti dan kewibawaan kerajaan Singapura. Nampak sangat kamu ini tiada
kerja lain selain mengkritik orang sepanjang masa. Kalau diri sendiri dikritik
tahu pula kamu marah.
Isunya dimana sebelum ini kerajaan Singapura telah mengambil tindakan
terhadap 21 rakyat Malaysia kerana berhimpun secara haram di negara tersebut
dengan alasan kononnya protes terhadap Pilihanraya umum yang lalu. Apapun,
mengikut logiknya, kerajaan Singapura mempunyai hak berbuat demikian demi
keamanan dan kesejahteraan rakyat di negara itu.
Maka, samalah juga dengan apa yang diambil oleh pihak berkuasa Malaysia,
semata-mata melihat kesejahteraan dan ketenteraman penduduk. Takkan lah nak
tengok saja huru-hara berlaku tanpa mengambil tindakan? Jika sudah huru-hara
nanti kerajaan juga yang dipersalahkan.
Hakikatnya, apa yang dibuat oleh rakyat Malaysia tu menunjukkan mereka
tidak bertanggungjawab pada diri mereka sendiri. Diorang sendiri yang tabur
pasir dalam periuk nasi diorang. Bukannya orang lain yang buat. Sekarang,
penyakit diorang sendiri cari, diorang sendiri la tanggung!!!
Daripada kamu tu nak sibuk-sibuk dalam urusan pentadbiran Negara orang,
baik ditumpukan kepada penduduk Lembah Pantai sendiri. (Itu pun tak mampu nak
dikawal agaknya)
Dalam parti yang KONONnya memperjuangkan Keadilan tu pun masih wujud
ketidak-adilan. Pun masih banyak pengaruh 'Kronisme' yang cukup kronik. Sesama
sendiri pun masih berpecah belah dan berkecamuk sesama sendiri. Pun masih Si
Nurul Izzah ni ada hati nak mengkritik pentadbiran orang lain?
Tak payah cakap banyak la Nurul oi!!! Kalau setakat Politik dalam keluarga
pun tak mampu nak 'handle', jangan dok sibuk la nak jaga tepi kain orang lain.
Buat mengabihkan boreh je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!