KUALA LUMPUR – Orang yang tidak bertanggungjawab akan mudah
menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada orang lain sebagaimana
yang berlaku di Kelantan, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri terbabit,
Datuk Dali Husin.
“Orang yang menuduh individu lain masuk neraka sebenarnya adalah yang
mula-mula masuk ke dalamnya apatah lagi dia sendiri tak lakukan apa
yang sememangnya wajib dibuat sebagai pemimpin,” katanya yang mengulas
kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas tersebut telah dipetik berkata,
“Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia
masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW’ yang dipercayai merujuk
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri
Kewangan berkaitan agihan royalti minyak kepada negeri kerana dakwanya
telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.
“Sebagai Menteri Besar di Kelantan lebih 20 tahun apa yang telah
dibuatnya…? Isu air tak selesai, tanah-tanah pun jadi isu, peluang
pekerjaan pada rakyat tak ada dan macam-macam lagi kerumitan rakyat. Ini
semua tanggungjawab siapa?
“Mereka menuduh kerajaan Pusat zalim sebab royalti minyak tapi
persoalannya siapa yang lebih zalim sehinggakan kehidupan rakyat pun tak
berubah-ubah sejak lebih 20 tahun lalu? Apabila mereka gagal lakukan
perubahan maka yang dipersalahkan adalah kerajaan Pusat sedangkan mereka
sendiri hanya pentingkan agenda politiksemata-mata.”
Katanya, kepimpinan kerajaan Negeri Kelantan lebih mudah menyalahkan
orang lain daripada bercakap soal amanah dan tanggungjawab sendiri
sebagai cara terbaik bagi mengelirukan rakyat.
“
Soal royalti minyak diketengahkan menjurus kepada kepentingan agenda
politik mereka sendiri dan bukannya memberi penjelasan berkaitan
janji-janji yang sepatutnya mereka penuhi untuk rakyat.
“
Mereka ingat rakyat boleh diperbodohkan lagi setelah sekian lama
mereka ditipu atas perjuangan yang tidak ada matlamat, rakyat sudah
sedar dan mahukan perubahan bersama-sama BN,” tegasnya lagi. - MediaUMNO
No comments:
Post a Comment