Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 17 February 2013

Majlis Syura Pas Hanya Lakon Sandiwara, Hakikatnya Tiada Nilai Dalam Pembangkang



Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Harun menyifatkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah bagaikan satu sandiwara memandangkan keputusan tersebut tidak langsung memberi kesan terhadap sebarang keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang.
Menurut beliau, Majlis Syura Ulama hanya dilihat sebagai penyedap cerita bagi mengekalkan pengaruh di kalangan ahli akar umbi sedangkan hakikat sebenarnya, Majlis Syura Pas itu tidak mempunyai kekuatan dan pengaruh untuk mempengaruhi keputusan kepimpinan Pakatan Pembangkang yang lain terutama dalam isu kalimah Allah baru-baru ini.
“Saya lihat, keputusan Majlis Syura berhubung isu kalimah Allah baru-baru ini seolah-olah satu sandiwara hanya untuk menyedapkan hati penyokong dan ahli yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan keputusan Mursyidul Am Pas dan Presiden berhubung isu kalimah Allah itu.
“Saya beranggapan demikian keputusan Majlis Syura Ulama itu tidak langsung sedikitpun memberi kesan atau membuatkan kepimpinan Pakatan Pembangkang membincangkan semula pendirian mereka terhadap isu kalimah Allah.
“Bahkan Presiden Pas sendiri pun sehingga ke hari ini tidak buat sebarang kenyataan untuk menarik balik apa yang telah dipersetujuinya sebelum ini bersama kepimpinan Pakatan yang lain berhubung isu ini,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Justeru itu kata beliau, Majlis Syura Ulama Pas perlu menjadi satu institusi yang lebih berpengaruh kerana pada hari ini, ia dilihat hanya menjadi alat politik kepada Pas dalam mencari jalan untuk menghalalkan cara dan pendekatan politik parti tersebut.
“Majlis syura tidak boleh jadi pak turut yang tunduk kepada kehendak pemimpin Pas dan Pakatan. Bagaimana mahu dikatakan kepimpinan ulama di dalam Pas, apabila sebarang keputusan atau pendapat majlis syura dipandang sepi, malah dikritik dan ditentang oleh kepimpinan Pakatan yang lain.
“Malah lebih parah lagi, apabila kepimpinan tertinggi Pas sendiri membuat keputusan berhubung isu umat Islam dan syariat Islam seperti mana isu kalimah Allah baru-baru ini,  tanpa berbeincang terlebih dulu dengan Majlis Syura? Jadi apa fungsi sebenar majlis syura dalam Pas sekiranya suara dan keputusan mereka tentang isu agama tidak diendahkan?,” soalnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment