Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 26 February 2013

Lebih Baik Dianggap Haiwan Dari Jadi Hamba Abdi Pas Ditipu 23 Tahun – Fauzi



Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohd Fauzi Ismail menyindir kenyataan Mursyidul Am Pas dengan mengatakan bahawa adalah lebih baik dianggap sebagai haiwan daripada menjadi hamba abdi Pas yang ditipu hidup-hidup lebih 23 tahun selama ini.

Menurut beliau,  apa pun yang mahu dikatakan oleh kepimpinan Pas terhadap bantuan kerajaan mahupun terhadap rakyat yang menerima bantuan tersebut tidak akan memberi kesan  kerana selama ini rakyat khususnya di Kelantan sedar, bahawa mereka  tidak pernah mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan Pas Kelantan.

“Sudah lebih 23 tahun, kerajaan Pas tidak pernah bagi apa-apa pada rakyat Kelantan. Janji nak bantu warga emas dengan elaun RM100, janji nak buat jambatan, janji nak buat perlabuhan darat, dan macam-macam janji lagilah, tapi semuanya hanya tinggal janji. Satu janji pun Pas tak kotakan.

“Tapi bila kerajaan beri bantuan dan rakyat menerima baik bantuan tersebut, mereka kata macam-macam. Kata rakyat haiwanlah, bodohlah. Sedangkan mereka sendiri tidak pernah nampak nak tolong rakyat. Di Kelantan sendiri, isu-isu asas seperti isu air pun kerajaan Pas tak mampu nak selesaikan,” tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Beliau turut membidas kenyataan Presiden Pas, Datuk Hadi Awang yang menganggap rakyat yang menerima BR1M itu sebagai golongan rakyat yang bodoh.

“Memanglah dia anggap rakyat ni bodoh dan dia itu lebih cerdik dari rakyat. Kalau dia tak cerdik, macam mana dia nak tipu rakyat dan ahli-ali Pas selama ini. Sebab itu, dia anggap rakyat bodoh belaka dan hanya dia serta kepimpinan Pas saja cerdik dan bijak menipu daripada orang lain,” ujarnya sinis.
Beliau berpendapat, kenyataan-kenyataan yang menghina rakyat itu yang keluar dari mulut dua kepimpinan tertinggi Pas itu memperlihatkan Pas sudah mula seperti cacing kepanasan, apabila melihatkan respon serta sokongan sokongan rakyat terhadap dasar tranformasi kerajaan semakin positif dan meningkat.

“Mereka ini sebenarnya sudah menggelabah. Sudah tak tahu nak buat apa lagi. Itu yang sampai terkeluar kenyataan-kenyataan mengarut termasuk  menghina rakyat yang menerima bantuan dari kerajaan. Tak cukup dengan menghina serta mencerca pemimpin UMNO dan kerajaan, hari ini mereka hina rakyat pula kerana menerima bantuan kerajaan.

“Kita sebagai rakyat yang mempunyai pemikiran yang waras, sudah pasti dapat menilai sikap dan pemikiran yang ada pada diri kepimpinan Pas. Apa saja yang kerajaan buat semuanya salah. Tidak pernah ada yang betul.

“Tetapi apa yang mereka buat, apa yang pemimpin Pakatan buat semuanya betul. Walaupun ada benda yang pemimpin mereka buat salah, tetap mereka katakan betul. Inilah sikap pemimpin Pas yang sangat berat sebelah dan asyobiyah. Macam mana nak pimpin negara kalau awal-awal lagi sudah memperlihatkan sikap tidak adil dan berat sebelah?,” soalnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment