GEORGETOWN, 10 Feb : Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng masih belum dapat mengesahkan kehadirannya ke
Program Rumah Terbuka 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau
Pinang yang berlangsung di Kolej Han Chiang di sini, esok.
Guan Eng ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di
sini, berkata beliau akan memaklumkan sendri status kehadirannya ke
program itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang enggan mengulas lanjut
mengenai perkara itu berkata: “Saya akan beritahu sendiri (kehadiran)
kepada Perdana Menteri, awak (wartawan) tunggu sidang media selepas ini
kerana saya perlu melayan tetamu,”katanya.
Guan Eng berkata demikian ketika ditemui
pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang di
Pusat Arena Sukan Antarabangsa (PISA) di sini, hari ini.
Kira-kira 3,000 tetamu hadir ke majlis berkenaan yang berlangsung
dari jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Turut hadir, Penasihat
DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Bagaimanapun, kumpulan wartawan yang menunggu Guan Eng untuk sidang
media dijanjikan kecewa selepas Ketua Menteri itu enggan berbuat
demikian.
Difahamkan, BN Pulau Pinang sudah menghantar surat jemputan Isnin
lalu kepada Guan Eng dan barisan EXCO kerajaan negeri pimpinan DAP untuk
menghadiri Program Rumah Terbuka 1Malaysia yang dijangka dihadiri
kira-kira 80,000 tetamu esok.
No comments:
Post a Comment