Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhammad Khairun Aseh percaya rakyat akhirnya akan tetap memilih parti yang boleh membawa kemanan, kemakmuran dan kemajuan walaupun pembangkang ketika ini ghairah untuk memanipulasi pelbagai isu terutama mencipta fitnah bagi memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Malah katanya lagi dengan peluang yang diberikan rakyat kepada pembangkang untuk mentadbir beberapa buah negeri ternyata ia sebenarnya cerminan terbaik untuk rakyat membuat pertimbangan dengan lebih adil, matang dan bijaksana.
Ini kerana katanya pembangkang tidak boleh lagi mendakwa kononnya tidak diberi peluang dan setelah hampir lima tahun berlalu jelas bahawa pembangkang lebih ghairah bermain politik sempit dari membuktikan kemampuan mereka lebih baik dari BN.
“Janji kita adalah janji dikota. Kita tidak pernah berjanji kosong. Saya tidak nafikan memang terdapat kelemahan di sana sini malah ada sikap pemimpin kita yang memalukan parti tapi kita sentiasa bersikap telus. Kita tidak menyorokkan sebarang keburukan.
“Apa sahaja tindakan yang dikenakan kepada pemimpin UMNO mahupun parti komponen, kita akan telus. Kita bukan seperti pembangkang sering mendabik dada kononnya terbaik dengan menyembunyikan keburukan mereka di bawah karpet,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Khairun yang juga Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO seterusnya berkata UMNO khususnya BN tidak akan sama sekali terikut atau terperangkap dengan taktik-taktik pembangkang menjelang PRU 13 ini yang akan menaburkan peluru-peluru fitnah mereka.
“Dari dulu BN akan meletakkan rekod pentadbiran dan perkhidmatan sebagai senjata berdepan rakyat. Kita bukan parti umpan janji kosong atau parti cari salah orang lain.
“Kalau pembangkang nak guna fitnah, hina pemimpin itu memang cara politik mereka. Biarkan mereka dengan cara sebegitu kerana kita dari dulu percaya akhirnya rakyat akan memilih parti yang benar-benar bertanggungjawab bukan saja untuk membina negara tetapi yang lebih penting membawa kemakmuran, kestabilan dan kemajuan rakyat”, ujarnya.- MediaUMNO
No comments:
Post a Comment