Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 1 January 2013

Mengarut Jika Kata DAP Bersih Dari Rasuah – Mohd Noordin

 
Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim membidas kerajaan DAP yang menurut beliau bersikap tidak adil, mementingkan kroni dan bersikap rasis sepanjang mereka memegang kuasa kerajaan negeri tersebut.

Kata beliau, tindakan DAP yang seringkali mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan perlakuan rasuah hanyalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat dan melindungi sikap kepimpinan DAP yang juga tidak terlepas daripada perbuatan rasuah.

“Kalau kata DAP bersih daripada rasuah, itu mengarut. Mereka taklah sebersih mana. 

Contoh di Pulau Pinang, banyak projek-projek kerajaan negeri yang diberikan secara terus, tanpa tender. Kalau ada 100 projek, mungkin satu atau dua sahaja yang akan ditenderkan, manakala yang lain-lain mereka akan berikan kepada kroni-kroni mereka tanpa perlu melalui tender.

“Kalau saya nak sebut banyak, tetapi antara contoh-contohnya ialah projek pengangkutan sampah di Pulau Pinang, kebanyakan diberikan kepada kontraktor baru yang merupakan kroni-kroni mereka. Projek tambakan tanah di Gold Cost yang diberikan kepada syarikat kroni mereka.

“Lepas itu, bukit-bukit tanah merah mereka korek merata tempat, atas alasan pembangunan. Dan ada banyak lagi kalau kita nak rungkai satu persatu. Kalau nak tengok betapa mereka mementingkan kroni, lihat sajalah senarai kepimpinan parti-parti di dalam Pakatan Pembangkang terutama DAP dan PKR, semuanya dikuasai anak beranak, ” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sebab itu jelas beliau lagi, amalan rasuah yang tidak terbendung di dalam DAP menyebabkan timbulnya siri-siri pendedahan perlakuan rasuah kepimpinan DAP seperti isu rasuah Tunku Aziz dan juga isu rasuah tanah terhadap dua orang kepimpinan tertinggi DAP Perak.

“DAP sengaja menuduh UMNO dan BN semata-mata menjadikan ia satu persepsi orang ramai, bahawa UMNO dan BN adalah pengamal rasuah. Sedangkan BN telah berusaha sebaik mungkin untuk membenteras amalan ini. Sebab itu ditubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai bukti komitmen kerajaan untuk menghapuskan amalan rasuah.

“Namun mereka (DAP) memang sengaja secara berterusan untuk mengaitkan rasuah dan UMNO dalam usaha memberikan imej yang buruk kepada rakyat. Ini untuk kepentingan politik mereka. Padahal mereka sendiri melakukan perkara tersebut, bahkan lebih teruk lagi apabila kepimpinan tertinggi mereka sendiri yang mengamalkan rasuah. Jadi, tak usahlah nak dabik dada kata parti mereka itu bersih dan bebas dari rasuah,” ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau turut menyelar corak pendekatan pentadbiran DAP di Pulau Pinang yang pilih bulu terutamanya pendekatan mereka dalam melayan para peniaga Melayu di negeri tersebut.

“Hari ini orang Melayu, terutama peniaga-peniaga kecil susah nak berniaga. Kalau di kawasan seberang, mungkin okay sikit, tetapi kalau di bahagian pulau, peniaga-peniaga kecil terutamanya orang Melayu susah sikit nak cari makan,” akhiri beliau. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment