Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 23 January 2013

Isu Kalimah Allah – Tindakan Anwar Sembunyi Tengkuk, Berdiam Diri Dibidas


Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendiamkan diri menyembunyikan tengkuk dari memberikan sebarang komentar mengenai  polemik  isu kalimah Allah yang ditimbulkan oleh Lim Guan Eng baru-baru ini, dilihat merupakan jalan selamat bagi beliau apatah  lagi kepimpinan Pas akhirnya menukar  pendirian mereka  berhubung isu tersebut.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman beranggapan bahawa Anwar kini teperangkap di dalam permainan politiknya sendiri apabila kepimpinan Pas baru-baru ini, termasuk Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang yang sebelum ini bersetuju dengan isu kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, akur dengan keputusan majlis syura ulama Pas.

“Bila kepimpinan Pas ambil keputusan tidak mahu bersubahat dalam isu ini, jelas Anwar mati akal. Sebab itu kita lihat tidak ada sebarang kenyataan berhubung isu ini yang dikeluarkan oleh beliau. Ini merupakan jalan selamat bagi beliau agar tidak dipandang serong oleh kepimpinan Pas mahupun DAP.

“Begitulah sikap Anwar. Jika sesuatu isu itu dilihat tidak mendatangkan keuntungan pada kepentingan politiknya, beliau akan mengambil jalan berdiam diri. Tetapi jika ada sesuatu isu yang dilihat akan memberikan keuntungan politik bagi dirinya, beliau akan hebohkan satu dunia, biarpun isu tersebut belum tentu lagi sejauh mana kebenarannya,” tegas beliau kepada UMNO-Online hari ini.

Tambah Satim, beliau yakin bahawa Anwar akan terus mendiamkan diri dalam isu ini untuk menjaga hati pengikut dan penyokong Pas dan juga DAP.

“Anwar tahu kalau beliau menyatakan pendiriannya sekali lagi berhubung isu ini, sudah tentu ada diantara dua parti tersebut, samada Pas atau DAP akan membidas beliau. Jadi, mahu tak mahu beliau terpaksa mendiamkan diri daripada membuat sebarang komen tentang isu tersebut kerana bimbangkan retak di dalam Pakatan akan menjadi belah.

“Dan secara umumnya rakyat sehingga ke hari ini sudah jelas dengan pendirian  Anwar, bahawa beliau masih lagi tetap dengan keputusannya yang  bersetuju bahawa kalimah Allah boleh diguna pakai oleh orang bukan Islam, seperti mana yang diumumkan beliau bersama kepimpinan Pakatan Pembangkang sebelum ini.

“Tapi tak tahulah kalau esok lusa beliau juga pusing kenyataannya, namun saya yakin Anwar akan terus berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan tentang isu ini sebagai jalan selamat demi kepentingan politiknya di dalam Pakatan Pembangkang,” ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment