SEUMUR hidup penulis di
negara ini (lahir luar negara), rasanya tidak pernah penulis mendengar
ada rakyat mana-mana negeri dalam negara ini yang menyaman kerajaan
negeri mereka sendiri kerana janji manifesto pilihanraya yang tidak dilaksana.
Tanpa kita sedar, Selangor sudah catat sejarah sebagai negeri pertama.
Setakat artikel ini ditulis, sudah lebih
2,000 rakyat mengemukakan saman tersebut, setakat ini ya, minggu depan
dan akan datang belum tau berapa ramai lagi.
Ironinya, perkara paling memalukan ini
berlaku dinawah pentadbiran kerajaan yang kononnya ’paling berkebajikan’
dalam sejarah negara, iaitu kerajaan Pakatan Rakyat yang biasa kita
panggil Pakatan Haram ini.
Anwar pun rasanya sudah terasa kesan,
sebab itu Anwar tak berani nak jual temberang di Selangor, sebab rakyat
negeri itu boleh nampak pembohongan Pakatan haram dan percanggahan
kelentong Anwar di sana sini. Janji macam-macam, laksananya satu,
itupun tak semua merasa.
Lebih baik Anwar jual temberangnya itu di negeri lain, lagi jauh dari Selangor lagi bagus.
Yang pentingnya, hampir 50 tahun dibawah
pentadbiran BN, perkara ini tidak pernah berlaku. Ini kita cakap pasal
rakyat biasa, yang duduk di flet-flet dan apartment bangkit menentang
ketidakadilan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bukan golongan korporat.
Bila perkara ini penulis hujahkan dengan
seorang macai Pakatan haram, diungkitnya kes saman sebuah syarikat
terhadap kerajaan negeri Pahang berhubung isu balak. Benak betul balaci
itu, kita dok cerita saman tak tunai janji pilihanraya, dia bawak
cerita saman balak pulak.
Tapi penulis insaf, ini kita cakap pasal macai Pakatan, kalau tak bodoh, taklah kita panggil dia macai, tak gitu?
Apa pun yang cuba dihujahkan macai
pembangkang dalam soal janji tak tunai sehingga membawa kepada saman
menyaman oleh rakyat biasa, ia masih lagi tidak menutup lompang besar
yang boleh dijadikan contoh oleh semua rakyat yang duduk di negara lain,
terutama di bawah BN sekarang.
Tidak keterlaluan penulis katakan, DAP,
PAS dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat ini akan kalah kerana SILAP
mereka sendiri, UMNO hampir tak payah buat apa-apa pun – kita cuma
gembar-gembur apa yang silap sahajalah.
Pendek kata kerja senanglah.
Apa pun UMNO perlu ambil pengajaran apa
yang menimpa Pakatan Rakyat Selangor sekarang. Moral dari kejadian ini
mudah sahaja, rakyat bukan bodoh walaupun mereka hanya tinggal di
flet-flet murah!! Dulu bolehlah, jual air liur dan tawar syurga neraka
dah boleh menang pilihanraya.
Zaman hari ini semua mesti ada hitam putih sebelum beri undi. Tak laksana kalu, see you in courtlah.
No comments:
Post a Comment