Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 22 August 2012

Ekonomi Sejuk, Pentadbiran Songsang Selangor Hakikat Kegagalan Pembangkang


Kerajaan negeri Selangor hari ini dibidas apabila bersikap hipokrit  seolah-olah diri mereka bersih dan segala-galanya terpuji berbanding kerajaan terdahulu sedangkan berdasarkan apa yang didedahkan oleh Raja Petra Kamarudin adalah sebaliknya.

Dengan persoalan rasuah yang masih berbangkit serta taraf ekonomi  yang suram sungguhpun “dibintangi” oleh pemimpin yang didakwa Anugerah Tuhan oleh isterinya sebagai penasihat ekonomi, segala-galanya memberi seribu satu persoalan.

Mengulas mengenainya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk  Johan Abdul Aziz berkata mereka tidak ada apa yang boleh dibanggakan setelah mengambil alih kerajaan daripada BN, sebaliknya penuh dengan pelbagai dakwaan.

“Jika dulunya mereka dengan gah dan angkuh mahu membanteras rasuah, apa pula dengan pendedahan oleh Raja Petra baru-baru ini hinggakan Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil jalan untuk tidak mahu mengulas mengenainya.

“Soal ulas atau tidak oleh Penasihat Ekonomi Selangor itu saya tidak mahu komen lebih lanjut tetapi amat  jelas kepada umum mereka umpama ayam yang kokoknya berdegar-degar tetapi ekornya penuh dengan najis. Jadi terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sikap hipokrit yang makin terserlah satu persatu hari ini oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR, DAP dan Pas.

Sebelum ini, mereka dengan gah mahu membanteras rasuah dan membawa pembangunan yang lebih dinamik, namun setelah mendapat  kuasa lain pula jadinya. Hakikat berkenaan didedahkan oleh bekas orang kuat Anwar sendiri iaitu Raja Petra.

Mengulas lebih lanjut, Johan seterusnya menegaskan soal ekonomi yang “sejuk” seperti yang di paparkan oleh Raja Petra mungkin ada kebenarannya walaupun bekas Menteri Kewangan yang bergaji RM1.00  menjadi penasihat kepada ekonomi Selangor.

Tegasnya jika mereka benar-benar ikhlas dan mahu melaksanakan tanggungjawab dengan baik seperti yang dilaung-laungkan di dalam ceramah, sudah pasti bukan sahaja Raja Petra, malah rakyat pun tidak akan membangkitkan senario tersebut.

“Lihat apa sudah jadi dengan Yayasan Selangor, soal pendidikan dan bermacam lagi dakwaaan yang berbangkit di negeri itu. Apakah ini yang dipanggil Negara Berkebajikan dan apakah ini yang dipanggil membela kepentingan rakyat.

“Jadi kepada seluruh rakyat, lihat dan nilailah apa yang berlaku di Selangor hari ini untuk memastikan mereka tidak lagi ditipu pada pilihan raya umum akan datang,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment