Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 4 July 2012

PRU13: Anwar Akan Lari Ke Nibong Tebal



Anwar Ibrahim selama ini dianggap sebagai tali penghubung antara parti-parti dalam pakatan pembangkang.  Tanpa Anwar, DAP dan PAS tidak akan bekerjasama malah tanpa Anwar juga, PKR tidak membawa erti apa-apa.  

Ini kerana, PKR wujud kerana Anwar, bukan kerana rakyat dan bukan kerana menuntut keadilan.  Ia semata-mata kerana Anwar ingin menjadi Perdana Menteri atau Presiden Republik Malaysia baru dan Pakatan Rakyat pula wujud atas matlamat yang sama tetapi memperjudikan nasib kepada puak chauvinis DAP yang ingin menjajah dan mengCinakan negara ini.

PAS pula adalah pak turut yang selamanya kabur dan kosong yang hidup atas dasar bencikan UMNO dan matlamatnya hanyalah untuk menghapuskan saudara sebangsa dan seagama di dalam UMNO.  

Namun, akhir-akhir ini, Anwar nampaknya bukan lagi satu ‘faktor’ penting dalam Pakatan Rakyat.  Ramai yang mula meragui sejauh mana ‘Anwar’ mampu mempengaruhi undi dalam pilihanraya.  Dalam banyak perkara Anwar dianggap liabiliti atau beban yang menyusahkan PR.  Walaupun beliau masih ada pengaruh di kalangan LGBT dan liberal serta golongan yang fanatik terhadapnya secara buta tuli, tetapi memandangkan kumpulan ini hanya mewakili segelintir rakyat Malaysia maka ia tidak membawa apa-apa signifikan kepada pilihanraya.    

Pendek kata, kekuatan dan kelemahan PR hari ini bukan bergantung kepada faktor ‘Anwar’ lagi.  

Sejak hujung tahun lepas lagi, Anwar dilihat semakin lemah walaupun di kawasannya sendiri, iaitu Permatang Pauh.  Ini dapat dibuktikan dari ceramahnya pada 21 Oktober 2011 di situ yang hanya dihadiri oleh jiran-jiran dan saudara mara berdekatan serta mungkin juga beberapa pengikut tegar yang datang dari jauh.  Walhal, Permatang Pauh adalah kubu kuatnya.  

Sebagai seorang politikus berpengalaman, Anwar pasti tidak akan membiarkan dirinya kalah dan dimalukan di kubu kuatnya.  Logiknya, beliau akan lari ke tempat lain untuk bertanding.  

Dari apa yang diperhatikan, nampaknya Anwar akan memilih Nibong Tebal mengikut congakan sokongan berdasarkan kedudukannya di pinggir bandar, merangkumi DUN Sungai Acheh, Sungai Bakap dan Jawi.  Dan Sungai Bakap merupakan tempat kelahiran Anwar.  

Pada PRU 2008, kerusi Nibong Tebal merekodkan 47,540 pengundi berdaftar dengan pecahan Melayu 43.6%, Cina 40.5% dan India 15.9%.  Kerusi ini dimenangi oleh Tan Tee Beng dari PKR yang memperolehi 20,210 undi mengalahkan Ketua UMNO Negeri, Zainal Abidin Osman yang mendapat 17,123 undi. 

Bagaimanapun, Tan, pada 1 Mac 2010 telah mengumumkan keluar dari PKR apabila dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.  Beliau kini menjadi Ahli Parlimen Bebas dan mesra BN.    

Dari apa yang dilihat, tidak mustahil UMNO akan meletakkan calon yang sama.  Jika benar Anwar akan lari ke Nibong Tebal maka kita bakal menyaksikan pertandingan antara Ketua Pembangkang dengan Ketua UMNO Negeri Pulau Pinang dalam PRU ke-13 nanti

No comments:

Post a Comment