Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 4 July 2012

Ikhwan Muslimin Dan PR Bagai Langit Dengan Bumi



Kemenangan Parti FJP yang meletakkan calon dari Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai insipirasi.  Menurut Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh sisipan akhbar Harakah, iaitu Fikrah, kemenangan Dr. Morsi dan perubahan yang berlaku dalam negara Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat hari ini.  

Secara tidak langsung, Anwar juga membuktikan apa yang dituduh ke atasnya iaitu beliau sememangnya berniat untuk menggulingkan kerajaan dengan cara keganasan sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir.   

Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Anwar sering berangan-angan membayangkan dirinya seperti tokoh-tokoh pembebasan lain seperti Aung Suu Kyi, Ghandi dan sebagainya.  Dan apabila Mesir mengalami pemberontakan serta Morsi diangkat menjadi Presiden, Anwar pantas menyamakan dirinya dengan Morsi, dan partinya, Pakatan Rakyat, umpama Ikhwan Muslimin pula.  

Sedangkan Morsi dan Anwar adalah jauh panggang dari api.  Dan Parti FJP dengan Pakatan Rakyat adalah bagai langit dengan bumi.  Manakala PKR, malah PAS juga, iaitu parti yang kononnya ‘paling Islamik’ dalam PR, langsung tidak menyamai Ikhwan Muslimin.  

Pertamanya, dalam era pemerintahan Mubarak, calon dari parti Ikhwan Muslimin hanya boleh bertanding atas tiket bebas kerana pertubuhan itu tidak diiktiraf.  Sedangkan Anwar dan apa saja nama parti yang ditubuh atau digabungkannya tidak pernah dinafikan hak untuk bertanding atas tiket parti.  

Walaupun Ikhwan Muslimin membawa imej Islam konservatif tetapi ia tidak pula menyamai PAS.  Ikhwan Muslimin tidak menggadaikan prinsip perjuangan mereka hanya kerana ingin memenangi pilihanraya.  Ia kekal meletakkan Islam sebagai platform tetapi dengan pendekatan lebih terbuka.   Jika dulu parti ini membelakangkan terus peranan wanita, hari ini Ikhwan Muslimin hanya menghadkan kedudukan wanita dalam politik dan tidak membolehkan mereka menjadi calon tetapi mereka dibenarkan untuk menjadi anggota kabinet.  

Justeru, menjadikan parti ini jauh lebih berbeza dengan PKR yang meletakkan Wan Azizah, isteri Anwar sendiri sebagai Presiden.   

Oleh kerana platform Ikhwan Muslimin adalah Islam, maka parti tersebut tidak membawa aspirasi terbuka dan liberal sepertimana PKR yang mengambil sikap ‘mesra’ dengan golongan songsang dan mengiktiraf perjuangan golongan ini di bawah hak asasi manusia.  

Morsi, Presiden baru Mesir adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai keperibadian baik, yang mana amat jauh berbeza dengan Anwar yang telah terbukti meliwat dan menyalahguna kuasa.  Morsi juga tidak mempunyai skandal dengan pelacur seperti Anwar.  

Oleh itu, bagi Anwar untuk meletakkan diri dan partinya menyamai Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah satu penghinaan kepada Morsi dan Ikhwan Muslimin.  

Rakyat Mesir memberontak akibat dari tekanan ekonomi.  Itupun, keadaan hidup rakyat selepas pemberontakan adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya.  Pada awal tahun ini, rizab matawang asing negara tersebut hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum pemberontakan.  Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.  

No comments:

Post a Comment