Datuk
Zulkifli Noordin semalam telah menangkis tuduhan tidak berasas yang
ditimbulkan terhadap isu kapal semalam Scorpene dan kes yang berlaku di
mahkamah Perancis yang dibuat oleh pihak pembangkang.
Bekas
peguam bagi Ketua Pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri
Anwar Ibrahim itu berkata bahawa beliau tahu akan strategi pembangkang
di mana tujuan mereka untuk meraih kembali isu ini adalah untuk
mengaitkan Datuk Seri najib Tun Razak.
"Sudah
saya ulang beberapa kali, kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan
dengan PM. Jika ada, sudah tentu saya telah mempersoalkan tentang
perkara ini dahulu. Saya tidak membuat sebarang persoalan kerana ia
tidak mempunyai sebarang kaitan langsung" kata Zulkifli.
Zulkifli,
yang ditemuramah di lobi Parlimen semalam berkata bahawa isu kapal
selam Scorpene di Perancis bukanlah satu isu yang besar di sana kerana
pihak berkuasa masih lagi sedang menjalankan siasatan, bukannya sedang
dibicarakan di mahkamah.
"Di
Perancis, pihak mahkamah mempunyai kuasa dalam menjalankan siasatan,
perkara ini masih lagi dalam siasatan, bukannya sedang dibicarakan.
"Ia hanyalah siasatan biasa.
Jadi, mereka mungkin atau tidak mungkin akan menjalankan sebarang perbicaraan terhadap perkara ini.
"Semuanya bergantung kepada mereka." kata beliau.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima dua buah kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak pada tahun 2009.
Selain
itu, Zulkifli, ahli Parlimen bebas bagi Kulim Bandar Baru, mencadangkan
agar Majlis Peguam, seperti di Sabah dan Sarawak, perlu ditubuhkan di
setiap negeri bagi menggantikan Majlis Peguam sekarang.
Ini, menurut beliau, mampu memberikan autonomi yang lebih besar bagi setiap negeri.
"Majlis
Peguam di Sabah dan Sarawak telah membuktikan bahawa mereka adalah
efektif dan mampu mengawal ahli-ahli mereka dengan baik.
"Tiada
aduan yang dibuat terhadap Majlis Peguam di kedua-dua negeri tersebut.
Bukan seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung sekarang."
Beliau
menyatakan bahawa beliau risau akan rancangan untuk membenarkan
peguam-peguam asing untuk bercampur dalam industri undang-undang negara
dan Majlis Peguam kini mungkin tidak mampu untuk menguruskan perkara
tersebut.
"Majlis
Peguam yang kita ada sekarang mempunyai terlalu banyak perkara yang
mereka perlu uruskan, saya tidak rasakan bahawa mereka mampu untuk
menampung perkara ini," kata beliau.
No comments:
Post a Comment