Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 15 June 2012

Anwar Sedia Di Siasat Berhubung Video Chinadoll?

Macam ni punya kantoi pun selamat lagi.. Dasyat Pak Non



Berbekalkan modal akuan bersumpah oleh bekas Ketua Pengarah Siasatan BPR, Anwar Ibrahim tampil dengan penuh yakin Anwar menyatakan kesediaannya untuk disiasat sekali lagi secara terbuka berkaitan isu akaun induk RM3 bilion.

Walhal beberapa hari sebelum itu, Anwar berdolak dalik menjawab pertanyaan wartawan setelah teruk diasak bertalu-talu berhubung isu akaun tersebut malah sampai satu peringkat cuba mengheret pula Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kancah polemik isu tersebut.

Jika dipandang seimbas lalu, nampak seperti Anwar sudah kembali menyakini sistem keadilan negara dan segala aspek ketelusan penyiasatan kes yang sebelum ini kerap dipertikaikannya. Ini satu keajaiban ke lapan dunia jika benar Anwar berpandangan begitu.

Atau mungkinkah juga langkah 'berani' Anwar kali ini ada kaitan dengan pendedahan menarik berkenaan British Virginia Island yang dikhabarkan menyimpan 'harta karun' milik seseorang?

Pendapat yang mengatakan tindak tanduk terbaru Anwar ini hanya sekadar untuk mengaburi mata umum supaya menyakini sepenuhnya 'bukti' surat akuan tersebut dengan harapan isu akaun RM3 bilion ini akan tenggelam begitu saja dan keistimewaan yang terdapat di British Virginia Island akan dilupakan, ada logiknya.

Apa kaitan Anwar dan British Virginia Island? Rasanya ramai pembaca sekalian tidak mengalami kesukaran untuk memahami keistimewaan di pulau tersebut. Banyak blog dan media yang telah mengulas berkaitannya.

Sebetulnya ramai bekas rakan Anwar Ibrahim yang tergelak besar melihat telatah Anwar Ibrahim bersama 'bukti' akuan bersumpah yang ditunjukkan pada media konon itulah kesaksian penting yang dirinya tiada kena mengena dengan isu akaun induk RM3 bilion.

Mereka sedia maklum 15 tahun dulu Anwarlah yang paling lantang memperlekehkan akuan bersumpah Umi Hafilda dan Azizan yang di cop sebagai satu strategi kotor dan fitnah terancang yang langsung tidak layak dijadikan asas untuk mengadili perilaku dirinya.

Lagipun apa nak pelik dengan surat akuan bersumpah yang Anwar gah tunjukkan itu bila khalayak umum sudah agak jelas dengan perangai Anwar yang semasa dirinya berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dulu suka campurtangan dalam sesuatu siasatan.

Sedangan Ketua Pengarah BPR pun mampu di kawalnya, pegawai siasatan Cawangan Khas (SB) pun sesuka hatinya saja di suruh gempak sana sini, apa sangatlah setakat nak 'mengarah' seorang ketua yang lebih bawah levelnya.

Apapun, alang-alang Anwar dah yakin dengan ketelusan pihak berkuasa dalam hal penyiasatan kes, eloklah juga Anwar mengumumkan kesediaannya untuk disiasat berkaitan isu video Chinadoll yang dikaitkan dengan dirinya.

Persoalannya, adakah Anwar sedia memberi kerjasama untuk lengkapkan siasatan Video Chinadoll tersebut?

Atau Anwar masih lagi berpendapat 'bukti' perut boroi dan tetek labuh yang terlindung di sebalik seluar dan baju sudah cukup sebagai kesaksian bagi menafikan aksi intimnya?

No comments:

Post a Comment