Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 13 May 2012

Terima Kasih, Syabar, Syukur & Tahniah Kepada UMNO, 66 Tahun Pembela Rakyat

 

Saudara Pengarang,

Terima Kasih, Syabas, Syukur dan Tahniah kepada UMNO yang menyambut ulang tahunnya ke 66 Jumaat lalu. Terima kasih kerana selama 66 tahun ini, UMNO yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan di negara ini telah berjaya bukan saja membawa pembangunan dan kemajuan tetapi yang lebih penting memelihara keamanan dan keharmonian.

Syabas kerana selama 66 tahun UMNO telah memacu perubahan negara dan membela rakyat.  Tidak ada satu golongan masyarakat pun di negara ini tidak pernah merasai hasil jasa dan sumbangan UMNO menerusi pemimpin-pemimpinnya. Dari sudut kesihatan, pendidikan, kerjaya, ekonomi, keselamatan… semuanya dapat dirasai.

Syukur… selama 66 tahun ini sebenarnya banyak nikmat yang diperolehi.  Hanya yang mereka kufur nikmat saja yang akan menidakkan perkara ini.  Sebenarnya banyak nikmat yang kita perolehi yang tidak kita sedari.  Namun lebih malang lagi nikmat yang banyak itu tidak disyukuri segelintir pihak tetapi golongan ini lebih suka memperkata sedikit perkara yang mungkin tidak memuaskan hati mereka.

Tahniah selama 66 tahun biarpun UMNO sentiasa dilambung ombak, dilanda badai namun UMNO tetap teguh menjana masa depan rakyat. Bukan sedikit ujian dan cabaran yang telah dihadapi UMNO sepanjang 66 tahun ini dari sekecil-kecil fitnah hingga sebesar-besar serangan baik dari dalam mahu pun luar telah berjaya ditangai dengan tabah, sabar, bijaksana dan berani.

Sesungguhnya sambutan ulang tahun UMNO ke 66 ini mempunyai nilai dan makna yang cukup besar kerana ini adalah sambutan ulang tahun terakhir sebelum UMNO menghadapi ujian getir berdepan Pilihan Raya Umum ke 13.

Kita dan majoriti rakyat percaya di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan 
barisan pemimpinnya UMNO akan terus menongkah arus berdepan cabaran dan seterusnya tetap menjadi pilihan utama rakyat.

Terima Kasih, Syabas, Syukur dan Tahniah kepada UMNO kerana sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat tidak mengira bangsa dan kaum. Teruskan perjuangan UMNO membela rakyat.

-UMNO online

No comments:

Post a Comment