Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 26 May 2012

Orang KJ dah bangkit.. kelu En Azmin kita..


alt

 
Sesi dialog diantara penduduk Kelana Jaya (KJ), PKNS dan pemaju yang diadakan di Kompleks Sukan Kelana Jaya, malam semalam, 23 Mei, menjadi agak tegang apabila rata-rata penduduk yang hadir dengan lantang menolak pelan pembangunan di tapak Kompleks Sukan dan Padang PKNS Kelana Jaya.
 
Walau bagaimanapun, wakil penduduk Tuan Haji Hashim berjaya bertindak untuk menenangkan keadaan . Namun sesekali masih terdapat suara-suara yang mencelah menyatakan ketidak puasan hati mereka semasa sesi penerangan dilakukan.
 
Pada mulanya penganjur bertindak agak tegas dengan hanya membenarkan nama-nama penduduk tertentu untuk masuk ke dalam dewan. Namun penganjur dialog akhirnya terpaksa akur apabila keadaan semakin tak terkawal dan ada desakan daripada wakil penduduk yang berada di dalam dewan untuk membenarkan pihak media yang berada di luar turut sama berada dalam majlis sesi dialog itu.

alt

Wakil PKNS yang hadir ialah YB Azmin Ali dan Pengurus Besar PKNS itu sendiri Othman Omar , ahli Dewan Undangan Negeri (Seri Setia) , YB Nik Nazmi yang juga bertindak sebagai pengerusi majlis, manakala yang lain yang turut hadir ialah konsultan-konsultan dan peguam yang terlibat dalam projek pembangunan di dalam kawasan padang PKNS Kelana Jaya.


alt

Sesi dialog bersama penduduk menjadi semakin panas apabila penduduk meluahkan masalah yang mereka hadapi sekarang dan apa yang mereka jangkakan apabila pembangunan di kawasan itu diteruskan.


alt

YB Azmin Ali yang berada dalam Lembaga Pengarah PKNS menjelaskan bahawa , kerisauan penduduk ini telah dibawa kepada pengetahuan Menteri Besar dan mereka dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan ini . Mengakui bahawa keadaan kesesakan trafik yang sedia ada tidak ada penyelesaian, YB Azmin Ali memaklumkan projek akan ditangguhkan sehingga ada penyelesaian.

YB Azmin Ali sebaliknya menjawab bahawa penjelasan beliau telah selesai dan terus mengambil tempat duduk.

alt

Sesi dialog berakhir tanpa ada apa-apa kata putus . Beberapa orang di luar dewan kelihatan menggantungkan kain rentang menunjukkan bantahan mereka terhadap pembangunan projek di padang bola PKNS Kelana Jaya.

Sumber : Klik sini

No comments:

Post a Comment